Awas! Berikut Taktik SEO Buruk Yang Perlu Dielakkan

Setiap perniagaan pada era Covid-19 memerlukan strategi SEO yang mantap. 

Banyak tips-tips yang boleh membantu anda, tapi adakah anda tahu taktik SEO yang akan menyebabkan laman web dikenakan penalti Google?

Apa Itu Google Penalti?

Penalti merupakan kesan negatif yang boleh memberi impak kepada kedudukan laman web anda pada halaman Google. 

 

Ini boleh berlaku sekiranya terdapat perubahan kepada algoritma ataupun tindakan manual seperti blackhat SEO.

 

Tindakan-tindakan yang melanggar syarat Google Webmaster Guidelines boleh menyebabkan website terkena penalti.

 

Antara kesannya ialah kekurangan trafik pengguna yang juga akan menyebabkan laman web anda kurang “exposure”. 

Caption: Taktik buruk SEO boleh mengimpak trafik organik ke laman web anda. Photo @olloweb dari Unsplash  

 

Sekiranya laman web anda menjual produk atau servis, ini akan secara langsung mengurangkan kadar penjualan dan hasil pendapatan atau untung daripada jual beli online.

Caption: Taktik SEO yang melanggar kriteria Google perlu dielakkan. Photo by Headway on Unsplash

Jika anda terkena penalti, agak susah juga untuk memulihkan kedudukan website dan mungkin terpaksa mengeluarkan kos yang agak mahal untuk dipulihkan oleh spesialis SEO yang beriktiraf. 

 

Jadi lebih baiklah kalau anda elak situasi ini sebelum terjadi!

 

Taktik Buruk SEO Wajib Dielakkan

 

Mesin pencari Google semakin hari semakin cerdik dalam menangkap taktik SEO yang tidak beretika. 

 

Anda boleh juga melanggan servis agensi SEO supaya laman web atau perniagaan online anda boleh rank pada halaman pertama keputusan carian Google (SERP).

 

Berikut merupakan senarai taktik SEO yang tidak baik dan wajib dielakkan untuk panduan anda.

Caption: Mesin pencari Google semakin hari semakin cerdik dalam menangkap taktik SEO yang tidak beretika.

 

Terlalu banyak kata kunci atau “keyword stuffing”

 

Sebagai bisnes, elakkan penggunaan kata kunci yang terlalu banyak sehingga konten laman web tak “sedap” atau susah untuk dibaca.

Google menghargai konten yang berkualiti, senang difahami dan relevan dengan topik pencarian pengguna umum.

 

Konten seharusnya “human-centric” dan perlu ditulis untuk tujuan dibaca oleh manusia – bukannya untuk memuaskan algoritma dan kriteria Google semata-mata.

 

Walaupun penggunaan kata carian yang tepat memang penting untuk menonjolkan laman web anda, mengulangi kata kunci yang sama berkali-kali boleh menyebabkan blog anda nampak ganjil atau tak “natural”.

 

Pastikan kata kunci utama SEO diselitkan secara halus dan semulajadi dalam konten atau artikel website. 

 

Kata kunci boleh dimasukkan dalam tajuk page, meta description, perenggan pendahuluan dan penutup, alt texts, atau badan artikel.

 

Konten Tidak Original atau Langgar Hak Cipta

 

Meniru atau mengulangi konten yang pernah diterbitkan website sendiri atau website berlainan satu teknik yang buruk dari perspektif SEO.

 

Tindakan ini memang dipandang serong dan anda mungkin diambil tindakan kerana melakukan plagiarisma.

 

Seperti dibincangkan dulu, mesin pencari Google boleh memberi penalti yang boleh menurunkan prestasi SEO anda berbanding laman web pesaing. 

 

Pastikan anda menghasilkan konten yang berkualiti tinggi yang senang dan relevan untuk dibaca atau dikongsi oleh demografik sasaran anda.

Caption: Melanggar hak cipta akan menyebabkan laman web anda dikenakan penalti Google.

 Posting Yang Dihasilkan Bot AI

 

Kalau anda mengalami “writers block”, salah satu penyelesainnya ialah untuk menjana konten menggunakan bot atau aplikasi AI. 

 

Malah, terdapat banyak aplikasi penulisan AI yang percuma dan dapat diakses pengguna internet umum.

 

Mungkin teknik ini mudah, tapi “community guidelines” mesin carian Google memang tidak menggalakkan penggunaan aplikasi AI untuk menghasilkan konten. 

 

Google telahpun mengumumkan panduan penggunaan terbaru, antaranya menandakan produk tulisan AI sebagai “spam” sekiranya dijumpa pada laman web atau blog anda.

 

Dalam mata Google, ia merupakan satu teknik SEO tidak baik. 

 

Kenapa? AI menjana konten daripada info atau data yang sedia ada dalam Internet. 

 

Ini bermaksud, konten anda dihasilkan berdasarkan contoh artikel halaman web yang lain. 

 

Jadi, sekiranya artikel yang sedia ada tu tak seberapa, konten anda juga mungkin mempunyai kualiti yang sama.

 

Menyembunyikan teks dan “cloaking”

 

Satu taktik salah yang lain ialah menggunakan warna font yang matching dengan background laman web anda untuk menyembunyikan kata kunci SEO dengan tujuan menaikkan prestasi SEO laman web. 

 

Manusia mungkin tertipu, tetapi “crawler” mesin carian dengan teknologi yang tinggi masih dapat nampak dan akan flag laman web anda sebagai laman web yang tidak berkualiti.

Caption: “Cloaking” satu teknik SEO yang kurang baik dan harus dielakkan. Photo @mrthetrain dari Unsplash

 

“Cloaking” juga harus dielakkan, di mana destinasi sebenar link disembunyikan daripada pengguna.

 

Teknik ini satu tindakan yang tidak beretika kerana link yang diklik pada halaman carian Google bukannya link sebenar dan akan menuju ke web page yang tidak relevan. 

 

Banyak internal/external link 

Caption: Link-link relevan dapat menaikkan prestasi SEO laman web anda, tapi kalau terlalu banyak ia mempunyai efek yang sama seperti “keyword stuffing”. Photo @goumbik dari Unsplash

 

Memasukkan link relevan dalam artikel satu teknik yang baik tapi perlu diimbangi dengan jumlah perkataan dalam satu-satu artikel. 

 

Sama seperti kata kunci, kalau terlalu banyak link digunakan, ia juga boleh menyebabkan penalti.

 

Search engine akan menganggap blog anda sebagai “spam” sekiranya jumlah perkataan artikel anda agak rendah berbanding dengan jumlah link yang diselitkan.

 

Ratio emas ialah satu link setiap 125 perkataan.

 

Manakala, kalau anda ingin memasukkan link luar, hanya satu external link ke destinasi berkualiti patut dimasukkan dalam satu post. 

Caption: Purata emas untuk memastikan anda tidak dikenakan penalti Google ialah satu link per 125 perkataan. Photo @goumbik dari Unsplash

 

Ingat! Jangan sesekali membeli links sekiranya anda tak nak kena penalti teruk daripada Google.