Tips SEO: 7 Senjata Rahsia Untuk Penulisan Konten

Sebagai pemilik perniagaan, memastikan laman web anda dimuat-naik dengan ciri-ciri search engine optimization atau pengoptimuman mesin carian (SEO) satu perkara penting dalam era digital ini. Dalam pada itu, penghasilan konten yang berkualiti satu komponen yang penting dalam SEO.

Nasib baik, terdapat beberapa alat SEO online setiap pemasar digital boleh gunakan untuk menulis konten yang berkualiti dengan efisyen. Tools mencipta konten SEO di Malaysia hebat ini akan membantu laman web anda mencapai kedudukan yang tinggi dalam halam web keputusan mesin pencari, atau search engine results pages (SERPs).

Di Primal Malaysia, pakar SEO kami telah memberi tujuh tips tools SEO untuk memudahkan proses penulisan anda. 

Hubspot Blog Topic Generator

hubspot

Masukkan Kata Kunci Dan Jana Tajuk Blog Secara Automatik

Source: Hubspot

Mengatasi writer’s block adalah tugas yang mencabar, dan kadangkala anda memerlukan sedikit bantuan untuk menghasilkan konten yang berkualiti. Itulah sebabnya Hubspot’s Blog Topic Generator merupakan salah satu alat penulisan konten yang anda wajib download untuk SEO.

Anda perlukan input sehingga lima kata kunci, dan Hubspot akan memberikan anda beberapa idea topik yang relevan dan trending. Ini akan memastikan halaman blog anda sentiasa segar dan relevan kepada khalayak sasaran anda.

ChatGPT & Jasper.AI

JasperAi

Ciptakan Konten Rangka Panjang Dalam Masa Yang Singkat Dengan Jasper.AI

Source: Jasper.AI

Penghasilan konten satu proses kreatif yang mungkin sukar terutamanya pada hari-hari tertentu. Sebagai pemasar atau copywriter, mesti anda pernah mengalami masa-masa yang anda menghadapi writer’s block

Jangan risau! ChatGPT & Jasper.ai kan ada. Dengan dua-dua tool A.I. ini anda tidak akan menghadapi writer’s block lagi!

ChatGPT & Jasper.ai ialah alat penulisan konten AI yang membantu anda menulis secara efektif dan SEO-optimized dalam masa yang singkat.

Jadi, aplikasi ini bukan sahaja dapat membantu kreativiti anda dengan menjana idea penghasilan konten, malah ia juga boleh membantu tingkatkan prestasi SEO laman web anda.

chatgpt homepage

Mencipta Konten Yang Dioptimumkan SEO Dengan ChatGPT

Source: ChatGPT

Anda tidak perlu risau tentang menjana konten plagiat, kerana ChatGPT & Jasper.ai mempunyai penyemak plagiarisme yang terbina-dalam. Aplikasi ini juga akan menjejaki seluruh internet untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh untuk menghasilkan konten yang menepati pertanyaan anda. Tambahan pula, anda akan menerima output dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Melayu. Best kan? 

Tesaurus – Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM

PRPM

Cari Sinonim Untuk Perkataan Dengan Tesaurus Dalam Talian

Source: Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM

Alat penulisan ini telah wujud sebelum internet dan merupakan salah satu cara terbaik untuk mencari sinonim perkataan yang dapat membantu anda menambah-baik penulisan.

Tesaurus Bahasa Melayu online ini boleh mencadangkan sinonim yang akan meningkatkan kualiti konten supaya ia lebih senang dibaca oleh kedua-dua pembaca dan mesin pencari. Kenapa kena optimise bahan tulisan anda kepada mesin pencari? Kerana satu faktor ranking yang mempengaruhi kedudukan pada halaman keputusan mesin pencari ialah kualiti konten yang dimuat-naik ke laman web anda. Jadi, anda wajib mengambil perhatian dengan kualiti konten yang dinaikkan dalam laman web anda. 

Yoast SEO

Yoast SEO

Gunakan YoastSEO Untuk Menyemak Konten Anda & Banyak Lagi

Source: YoastSEO

YoastSEO ialah alat penulisan konten SEO yang disepadukan dengan aplikasi WordPress dan menyediakan pelbagai ciri untuk pengguna yang membantu mengoptimumkan konten laman web untuk kedudukan SERP yang lebih baik.

YoastSEO juga menawarkan semakan readability dan lebih banyak cadangan untuk meningkatkan kualiti konten anda. Selain itu, YoastSEO memberikan pengguna maklumat tentang prestasi konten mereka dari perspektif SEO, supaya anda dapat meningkatkan lagi prestasi SEO anda.

SurferSEO

SurferSEO

Tips SEO: Menggunakan SurferSEO Untuk Mengoptimumkan Konten Anda

Source: SurferSEO

Salah satu tips SEO paling penting yang digunakan oleh pakar kami di Primal Malaysia ialah tool SurferSEO. Dengan SurferSEO, anda boleh menjana tajuk yang menarik dengan cepat, mengelakkan pemadatan kata kunci (keyword stuffing), melakukan penyelidikan kata kunci dan mengoptimumkan kandungan anda untuk impak SEO maksima.

Selain itu, ciri Content Score memberi anda maklum balas segera tentang tahap pengoptimuman keseluruhan artikel anda.

Content Editor SurferSEO ialah alat pengoptimuman konten yang akan memberikan anda kriteria pengoptimuman terperinci – ia juga akan memberi cadangan tentang kata kunci yang berkaitan dan kiraan perkataan yang sesuai untuk topik anda, selain daripada memberikan cadangan tentang  penggunaan imej, headings, dan struktur tulisan yang terbaik.

Dengan interface yang mudah digunakan, SurferSEO juga memudahkan proses menulis konten dalam pelbagai bahasa, menjadikannya alat yang sempurna untuk perniagaan bertaraf global.

Primal Malaysia Free Writing Tools

Primal free writing tools

Tulis Iklan & Meta Descriptions yang Lebih Baik Dengan Primal Malaysia Free Writing Tools

Source: Primal Malaysia

Selain alatan untuk membantu penulisan blog, Primal Digital Agency Malaysia menawarkan pelbagai alat percuma untuk membantu pemasar digital menulis iklan, meta description, dan banyak lagi. Dengan alat Google Ad Mockup Tool dan Facebook Ads Mockup Tool kami, anda boleh membayangkan iklan anda apabila ia dilihat oleh khalayak sasaran anda.

Google SERP Mockup Tool kami juga boleh membantu anda visualisasikan iklan anda serta memastikan meta description, headline, dan page title anda memenuhi keperluan kiraan perkataan Google.

Dengan menggunakan alat-alat dan tips kami, kemahiran menulis konten bukan lagi satu kemahiran semulajadi – anda juga boleh menjadi penulis SEO yang terbaik! 

Jika anda perlukan bantuan pakar daripada Agensi SEO di Malaysia, Primal Digital Agency Malaysia mempunyai pelbagai jenis SEO services untuk mengembangkan perniagaan online anda. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan solusi terbaik untuk pemasaran SEO di Malaysia atau layarilah catatan blog kami untuk mendapatkan tips-tips SEO yang lain.