ChatGPT? Apa tu?!

Bayangkan anda dapat memudahkan penghasilan konten atau artikel dan laporan penyelidikan pemasaran hanya dengan menggunakan satu aplikasi pintar?

Dalam dunia digital yang semakin berkembang, inovasi teknologi AI telah membawa revolusi dalam bidang komunikasi. Salah satunya ialah ChatGPT – sebuah large language model yang dicipta oleh OpenAI. Dalam blog ini, kita akan membincangkan ciri-ciri perkakas ChatGPT, bagaimana ia berfungsi, dan bagaimana ia dapat membantu anda menerajui perniagaan.

Apa Itu ChatGPT & Bagaimana Nak Guna Aplikasi Ini?

ChatGPT merupakan salah satu daripada AI model bahasa terbesar dalam dunia Internet

Source: Freepik

ChatGPT merupakan salah satu daripada teknologi model bahasa terbesar dalam Internet.

Hanya lima hari selepas dilancarkan, ChatGPT menarik minat lebih kurang 1 juta pengguna. Kemudian, platform itu mencapai 100 juta pengguna aktif bulanan hanya dua bulan kemudian. Sebaliknya, TikTok dan Instagram masing-masing mengambil masa sembilan bulan dan dua setengah tahun, untuk mencapai ramai pengguna itu.

(Anda boleh layari link ini untuk menggunakan aplikasi: https://chat.openai.com/chat)

Ia telah diinput dengan dataset yang besar dan boleh menjawab soalan dalam bentuk teks secara natural. Fungsi utama ChatGPT adalah untuk menghasilkan teks berdasarkan soalan atau arahan yang diterimanya. Ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk penghasilan konten, jawapan automatik dalam bidang perkhidmatan pelanggan, dan banyak lagi.

Ketika ChatGPT menerima input, ia menggunakan algoritma deep learning untuk memproses dan memahami maklumat tersebut, kemudian menghasilkan respons yang relevan. Ia membandingkan kata kunci input dengan data yang ada dalam model untuk membuat inferens dan menghasilkan jawapan yang sesuai. Ini memastikan bahawa ChatGPT boleh menyediakan jawapan yang tepat dan berkualiti dalam masa yang amat singkat.

Contohnya, jika anda adalah sebuah agensi pemasaran digital yang hendak menulis perenggan tentang perkhidmatan Social Media Advertising anda, anda boleh menggunakan input ini:

Input:

“Anda adalah agensi pemasaran digital yang cuba mendapatkan leads baru untuk perkhidmatan Social Media Advertising anda. Tulis perenggan tentang perkhidmatan anda dan sertakan seruan untuk bertindak untuk pembaca.”

Kemudian, ChatGPT akan mengeluarkan respons berikut:

“Kami adalah agensi pemasaran digital yang berdedikasi untuk membantu perniagaan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan menggunakan platform media sosial yang paling popular. Melalui strategi pemasaran yang terbukti berkesan, kami dapat membantu anda mencapai sasaran pasaran yang tepat, membangun brand awareness, dan meningkatkan penjualan.

Jangan biarkan perniagaan anda terlepas peluang untuk memanfaatkan potensi media sosial. Hubungi kami hari ini dan dapatkan bantuan daripada pakar pemasaran kami untuk membantu anda membangunkan strategi pemasaran media sosial yang berkesan. Ambil tindakan sekarang dan dapatkan lebih banyak leads dan pelanggan baru!”

Contoh Input Dan Respons Di ChatGPT

 

Faedah ChatGPT Untuk Perniagaan

Memudahkan Penciptaan Konten

ChatGPT memberikan banyak kebaikan dan faedah bagi perniagaan. Pertama, ia membantu menjimat masa dan tenaga dengan mengautomasikan proses penciptaan konten. Ini membolehkan perniagaan fokuskan usaha mereka pada tugas-tugas yang lebih penting dan membantu mereka meningkatkan produktiviti.

ChatGPT juga mampu menghasilkan konten yang berkualiti dengan memastikan bahawa respons yang anda terima sesuai dengan tuntutan dan standard perniagaan anda. Ini juga boleh membantu meningkatkan brand image, kredibiliti, dan reputasi perniagaan. Selain itu, ChatGPT akan menyimpan maklumat tentang perbualan anda sebelum ini – sistem ini akan mempelajari kehendak dan tahap penulisan yang diperlukan oleh perniagaan anda. Maksudnya, semakin lama anda menggunakan tool ini untuk menghasilkan bahan tulisan, semakin power jawapan dan respons ChatGPT. 

Sama ada anda mencipta konten untuk TikTok, blog, atau Facebook, ChatGPT akan dapat memahami kehendak anda dan mencipta konten yang relevan dengan platform-platform tertentu.

Menjalankan Penyelidikan Pasaran

Penyelidikan pasaran adalah penting untuk setiap perniagaan, kerana ia membantu mereka memahami khalayak sasaran mereka dan membuat keputusan termaklum. Dengan ChatGPT, perniagaan boleh menganalisis data pelanggan dan menjana pandangan yang membantu mereka memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang pelanggan mereka.

Sekarang dengan aplikasi AI ini, anda tidak perlu membuat pelbagai penyelidikan untuk mengenal pasti tingkah laku pengguna – anda boleh tanya ChatGPT! 

Selepas memasukkan soalan atau input anda, ChatGPT akan mengimbas seluruh internet untuk mencari jawapan, sekaligus melakukan kerja-kerja penyelidikan untuk anda!

Contohnya, jika anda perniagaan baru yang menjual beg buatan tangan di bazar tetapi tidak tahu khalayak sasaran mana yang hendak dipasarkan, anda boleh bertanya ChatGPT ini:

Input:

“Apakah khalayak sasaran yang harus saya pasarkan jika saya perniagaan yang menjual beg buatan tangan di bazar?”

Kemudian, ChatGPT akan mengeluarkan respons berikut:

“Khalayak sasaran yang tepat untuk perniagaan Anda yang menjual beg buatan tangan di bazar akan tergantung pada beberapa faktor, termasuk jenis dan gaya produk yang Anda tawarkan, harga, kualitas, dan citra merek Anda. Namun, berikut ini adalah beberapa kelompok khalayak yang umumnya dapat menjadi target pemasaran bagi perniagaan Anda: 

Wanita: Mayoritas pembeli tas adalah wanita, dan Anda dapat memfokuskan pemasaran Anda pada wanita yang berusia antara 20 hingga 50 tahun yang menghargai produk buatan tangan dan unik. 

Remaja: Remaja wanita mungkin tertarik dengan tas buatan tangan dengan desain yang lebih modern dan unik, khususnya bila harga terjangkau. 

Pelancong: Bazar seringkali menjadi tujuan wisata, dan pelancong mungkin mencari produk lokal, termasuk tas buatan tangan. 

Pencinta fashion: Anda dapat mempromosikan tas buatan tangan Anda sebagai produk fashion dan gaya hidup yang kreatif dan unik, menarik perhatian mereka yang ingin menonjol dengan gaya yang berbeda. 

Pelanggan setia: Jika Anda sering hadir di bazar yang sama atau dalam event yang diadakan secara berkala, pastikan untuk menjalin hubungan baik dengan pelanggan setia Anda dan menawarkan diskon khusus atau keuntungan lainnya untuk mempertahankan mereka sebagai pelanggan setia Anda. 

Dalam memilih khalayak sasaran Anda, penting untuk mempertimbangkan kualitas produk Anda, harga, dan brand image Anda. Pastikan Anda memahami kebutuhan dan preferensi khalayak Anda sehingga Anda dapat menyesuaikan strategi pemasaran dan penjualan Anda secara efektif.”

Contoh Input Dan Respons Di ChatGPT

ChatGPT juga boleh mencipta soalan tinjauan yang bermakna, menganalisis maklum balas pelanggan daripada media sosial dan sumber lain, memantau pesaing, dan meramalkan trend  pasaran dan tingkah laku pelangaan pada masa hadapan. 

Dengan menggunakan ChatGPT untuk menyediakan penyelidikan pasaran anda, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan sumber malah juga dapat menggunakan data untuk menerajui bisnes dengan lebih strategik.

Kebatasan ChatGPT

Walaupun ChatGPT memiliki kemampuan yang luar biasa dalam menghasilkan teks yang relevan dan berkualiti, ia masih memiliki beberapa batasan.

Kesusahan Memahami Konteks

Meskipun perkakas ini dilatih dengan data yang besar, ia masih memiliki kekurangan dalam hal memahami konteks dan situasi yang kompleks. Ini boleh menyebabkan ChatGPT mengeluarkan jawapan yang salah atau tidak relevan dalam keadaan tertentu.

Biasanya Digunakan Untuk Bahasa Inggeris 

ChatGPT dibangunkan untuk memahami dan menghasilkan penulisan bahasa Inggeris. Walaupun ia boleh digunakan untuk bahasa lain, prestasi dan kemampuannya mungkin kurang baik. Ini menunjukkan bahawa ChatGPT mungkin memerlukan update yang lebih baik untuk memastikan keberkesanannya dalam bahasa lain.

Pengetahuan Terhad Mengenai Perkembangan Dunia Selepas 2021

Sebagai model AI yang dilatih pada tahun 2021, ChatGPT mungkin kurang tepat dalam memahami perkembangan terkini dan isu yang berkaitan dengan kejadian-kejadian selepas 2021. Ia juga mungkin kurang tepat dalam memahami perubahan trend teknologi digital kerana ia hanya telah dilatih dengan koleksi data teks besar sehingga bulan September 2021. Walaupun model ini sentiasa dikemas kini dengan data baru, ChatGPT mungkin belum mempunyai akses kepada peristiwa dan maklumat terkini yang telah berlaku selepas tarikh tersebut.

Tulisan Yang Kekurangan Emosi Manusia

Akhir sekali, ChatGPT tidak boleh dianggap sebagai pengganti penulis manusia. Ia tidak boleh menangani tugas yang memerlukan fahaman emosi atau kemahiran interpersonal yang kompleks. Oleh itu, perniagaan harus memahami batasan ChatGPT dan menggunakannya dengan bijak untuk memastikan hasil yang terbaik.

Patutkah Saya Menggunakan ChatGPT?

Oleh itu, bagi perniagaan yang ingin meningkatkan produktiviti, memastikan konsistensi dalam kualiti konten, melakukan penyelidikan pemasaran, dan mengumpul data dan maklumat tentang pelanggan, ChatGPT merupakan aplikasi yang sangat berguna dan patut dikaji dengan lebih lanjut.

Namun begitu, anda haruslah ingat – ChatGPT merupakan tool bantuan sahaja, dan perlu diterapkan dengan bijak dan dikawal dengan baik bagi memastikan kualiti konten anda.

Di Primal Digital Agency Malaysia, kami memahami fungsi penggunaan teknologi terkini seperti ChatGPT dalam mempromosikan dan memperluaskan perniagaan anda. Servis pemasaran kami diimbangi oleh pengetahuan dan kemahiran manusia dan kepakaran dan efisiensi teknologi AI.

Kami menawarkan beberapa digital marketing services untuk membantu perniagaan anda berjaya. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami seperti Google ads dan SEO service di Malaysia, sila hubungi kami sekarang!