Migrasi ke Google Analytics 4 Dalam 12 Langkah Mudah

Sekiranya anda bisnes dalam industri yang memerlukan pemasaran, sudah tentu anda pernah dengar tentang platform analitik Google Analytics. Google Analytics 4 (GA4) merupakan versi terbaru platform tersebut yang diumumkan Google. 

Versi terdahulu yang dipanggil Universal Analytics (GA3) akan dihentikan tidak lama lagi, Jadi, sekiranya anda salah seorang pengguna yang keberatan untuk beralih daripada GA3 ke GA4, mungkin anda perlu cuba untuk menukar fikiran. 

Google juga telah mengumumkan bahawa GA3 tidak akan memproses data lagi menjelang Julai 2023. Semua pengguna telah dimaklumkan bahawa mereka ada sehingga akhir tahun 2023 untuk mengeksport semua data dari Universal Analytics ke GA4 untuk mengeksport data mereka. 

Anda mungkin berfikir, apa kebaikan yang ada kat GA4 ni? GA4 direka untuk memberikan pengguna insight yang lebih mendalam tentang trafik laman web mereka dengan interface yang lebih cekap dan mesra pengguna. 

Teruslah membaca kalau anda nak tahu macam mana anda boleh menyediakan akaun GA4 anda dalam 12 langkah mudah! 

Apakah Google Analytics 4 (GA4)?

GA4 adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh Google untuk membantu pemilik perniagaan dan pemasar digital mengumpul data, menjejak trafik, serta mendalami penglibatan pengguna atau user engagement yang menggunakan laman web dan aplikasi mereka.

Setakat ini, ia adalah versi Google Analytics yang paling advanced. Anda akan menikmati ciri-ciri dan fungsi seperti:

  • Pengumpulan data laman web dan aplikasi untuk lebih memahami perjalanan pelanggan atau customer journey.
  • Pengukuran berasaskan prestasi menggunakan data berasaskan peristiwa (events) dan pengguna (user), bukannya sesi (session-based).
  • Penjejakan mengutamakan privasi, yang merangkumi kawalan privasi seperti pengukuran tanpa cookies (cookie-less measurement) dan pemodelan tingkah laku pengguna dan conversion.
  • Keupayaan ramalan AI yang menawarkan panduan tanpa model yang kompleks.
  • Integrasi pelbagai platform media untuk membantu mendorong tindakan pengguna di laman web atau aplikasi anda. 

Apa Yang Baru Dalam Google Analytics 4?

Salah satu perubahan terbesar ialah penekanan pada penjejakan berasaskan events (event-based tracking). Dengan Google Analytics 4, events dijejaki secara automatik, menjadikannya lebih mudah untuk melihat cara pengguna berinteraksi dengan laman web anda. Dari situ, anda dapat melihat tindakan-tindakan (user action) yang paling penting untuk perniagaan anda.

Satu lagi perubahan besar di GA4 ialah penambahbaikan kepada sistem machine learning. Google Analytics 4 menggunakan machine learning untuk mengenal pasti corak secara automatik dengan menggunakan data terdahulu. Sistemnya kemudian akan mencadangkan insight, menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk meraih data berharga tentang trafik laman web perniagaan mereka.

Salah satu ciri baru yang paling menarik ialah gabungannya dengan Google Ads. Dengan Google Analytics 4, pengguna akan dapat melihat prestasi kempen iklan mereka serentak, serta melihat iklan yang paling efektif dalam mendorong paling banyak conversions. Ini akan menjadi sangat berharga untuk perniagaan yang bergantung pada pengiklanan berbayar untuk mendapatkan trafik pengguna online.

Secara keseluruhannya, migrasi daripada Universal Analytics kepada Google Analytics 4 merupakan perubahan yang sangat bermanfaat untuk pemasar digital. Keupayaan penjejakan berasaskan events dan machine learning yang canggih akan memudahkan anda memahami cara-cara anda dapat meningkatkan lagi prestasi perniagaan anda terutamanya sekiranya anda bergantung kepada pengguna atas talian. 

OK, sekarang kami dah bagitahu kenapa anda perlu berpindah ke Google Analytics 4. Mari lihat bagaimana anda nak menyediakan akaun anda sendiri.

Cara Install Google Analytics 4 Dalam 12 Langkah Mudah

Kalau anda nak guna Google Analytics, kena ada akaun Google terdahulu. Jika anda  mempunyai akaun untuk Gmail ataupun YouTube, dah cukup dah tu. 

 Log Masuk Ke Akaun Google Anda & Klik “Start Measuring

Langkah 1: Log masuk ke akaun Google anda dan pergi ke halaman ini: https://analytics.google.com/analytics/.

Langkah 2: Klik butang biru Start Measuring di tengah halaman.

Masukkan Nama Syarikat Anda, Nyahpilih Perkongsian Data & Klik Seterusnya

Langkah 3: Di bawah tab tetapan akaun (account settings), masukkan nama syarikat anda dalam kotak Account Name“.

Langkah 4: Nyahpilih tetapan perkongsian data akaun (Un-select “Account Data-Sharing Settings”) anda untuk berhenti perkongsian data dengan Google.

Langkah 5: Klik “Seterusnya”.

 

Masukkan Nama Perniagaan Anda & Pilih Zon Waktu & Mata Wang

Langkah 6: Di bawah tab property setup, masukkan nama perniagaan anda di bawah Property Name.

Langkah 7: Isikan zon masa dan mata wang yang sesuai untuk bisnes anda.

Langkah 8: Klik seterusnya.

Ciptakan Universal Analytics Property Dengan GA4 Anda

Langkah 9 (Pilihan): Jika anda ingin mencipta Universal Analytics Property dengan Google Analytics 4 anda, klik Show Advanced Options di bawah.

Langkah 10 (Optional): Klik togol di sebelah kanan dan lebih banyak pilihan akan muncul. Kemudian, masukkan URL laman web anda dan pilih Create both a Google Analytics 4 and a Universal Analytics propertydan Enable enhanced measurement for Google Analytics 4 property“.

 

Masukkan Butiran Mengenai Perniagaan Anda

Langkah 11: Masukkan butiran ke dalam About Your Business dengan memilih pilihan yang berkaitan dengan perniagaan anda. Contohnya, kategori industri, saiz perniagaan, dan sebab untuk menggunakan Google Analytics 4. Kemudian, klik Create.

Terima Terma & Syarat Google

Langkah 12: Terima terma dan syarat.

Macam Ni Lah Akaun GA4 Anda Jika Berjaya Install

Tahniah! Anda berjaya menubuhkan akaun Google Analytics 4 anda!

Dapatkan Manfaat Maksima Platform GA4 Dengan Primal 

Jika anda memerlukan bantuan dengan Google Analytics 4, Primal Digital Marketing Agency Malaysia kan ada. Kami bukan sekadar SEO agency atau Google ads agency, kami menawarkan penyelesaian full-service untuk membantu anda memahami tingkah laku pengguna dan meningkatkan prestasi bisnes anda.

Hubungi digital agency kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Kami boleh bantu perniagaan anda beralih kepada Google Analytics 4 hari ni juga! Jom, contact kami sekarang!