Rahsia Di Sebalik Kejayaan Affiliate Marketing

Affiliate marketing ialah sejenis pemasaran di mana sebuah perniagaan memberi ganjaran kepada rakan kongsi (affiliate) yang membantu meningkatkan jumlah pengunjung atau penjualan perniagaan melalui usaha pemasaran mereka sendiri. 

Jenis pemasaran digital ini sangat menguntungkan dan boleh dijadikan sumber pendapatan yang menawan – menurut laporan oleh Business Insider, perbelanjaan affiliate marketing di Amerika Syarikat dijangka mencapai $8.2 bilion menjelang tahun 2023.

Biasanya, ini dilakukan dengan memberikan link atau kod unik kepada rakan kongsi untuk dikongsi dengan audiens mereka. Lepas tu, rakan kongsi yang menarik pengunjung atau penjualan daripada link atau kod mereka akan diberi komisen. Contoh biasa affiliate marketing termasuk blogger yang mempromosikan produk di laman web mereka, influencer media sosial yang menyelitkan link untuk pengikut mereka, dan perniagaan yang bekerjasama dengan perniagaan-perniagaan lain untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan.

Sekiranya anda seorang rakan kongsi atau affiliate, komisen yang anda dapat diberi berdasarkan satu kadar yang telah ditentukan. Sebagai sebuah agensi digital di Malaysia, kami telah mengumpul beberapa tips yang penting kalau anda berminat dengan affiliate marketing ni. Jom terus baca!

Affiliate program semakin menjadi popular dalam kalangan influencer media sosial di Malaysia

Source: Freepik

Kenapa Affiliate Marketing Menjadi Satu Keperluan?

Antara kelebihan utama affiliate marketing adalah potensi pendapatan pasif yang tinggi bagi rakan kongsi. Kalau anda mempunyai blog atau platform media sosial yang besar, affiliate marketing boleh menjadi sumber pendapatan tambahan tanpa perlu bekerja keras. Setelah link dihasilkan, anda boleh terus mempromosikan produk atau perkhidmatan tersebut dan mendapatkan pendapatan tanpa perlu meluangkan banyak masa atau berpeluh-peluh.

Selain itu, affiliate marketing membolehkan perniagaan mencapai pasaran yang lebih luas dan mendapatkan pelanggan baru melalui usaha rakan kongsi mereka. Ini kerana rakan kongsi biasanya mempunyai audiens yang besar dan kredibiliti dalam kalangan pengikut mereka, jadi anda sebagai peniaga dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan dan prospek yang berada dalam kalangan followers mereka. Lagi masyuk lah untung untuk bisnes anda!

Dengan segala kebaikan ini, patutlah lebih ramai orang minat dengan aktiviti pemasaran ini. Tetapi sebelum mencuba affiliate marketing, anda perlu tahu beberapa tips dulu!

Tips Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

Terdapat pelbagai jenis program affiliate marketing yang boleh anda join di Google.

Source: Unsplash

 

1. Pilih Produk Yang Tepat

Kalau nak semangat mempromosikan produk tu, mestilah cari produk yang anda minat atau produk daripada sebuah industri yang anda dalami! Dengan ini, anda dapat memberikan maklumat yang bermanfaat kepada pelanggan semasa anda membuat promosi affiliate kerana anda ada locus standi kerana merupakan seorang yang mahir dalam perkara tersebut.

Sebagai contoh, jika anda seorang peminat sukan, anda mungkin lebih berminat untuk mempromosikan produk yang berkaitan dengan sukan seperti kasut sukan, pakaian sukan, atau peralatan sukan. Anda mungkin sudah mempunyai pengetahuan yang baik tentang produk-produk ini dan dapat menyampaikan kelebihannya kepada pelanggan dengan lebih jelas dan yakin.

2.Fokus Pada Kualiti Traffic

Kualiti traffic merupakan strategi yang sangat penting dalam affiliate marketing. Lebih baik kalau anda ada followers yang berkualiti dan relevan dengan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan, daripada memiliki ramai followers yang tidak akan hairan dengan promosi anda. 

Sekiranya anda melakukan affiliate marketing dalam sebuah blog, anda boleh mencapai khalayak yang berkualiti dan relevan sekiranya anda mengoptimalkan laman web untuk mendapat manfaat SEO di Malaysia. Sebagai contoh, anda boleh menghasilkan iklan dan konten yang diminati pengunjung website dan blog anda. 

Selain dari itu, anda juga perlu memilih sumber traffic yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan. Misalnya, jika anda mempromosikan produk kecantikan, maka mencari sumber traffic yang berasal dari laman atau forum kecantikan satu pilihan yang tepat. 

Anda boleh juga mengikuti trend dan topik yang sedang popular untuk membantu meningkatkan traffic ke laman web anda. Hal ini kerana, pengunjung akan mencari informasi yang sedang trending di mesin pencari, dan jika laman anda memiliki konten yang relevan dan bermanfaat, maka kemungkinan besar anda akan mendapatkan lebih banyak traffic yang berkualiti.

3. Menjaga Hubungan Dengan Rakan Kongsi

Memupuk hubungan yang baik dengan rakan kongsi salah satu strategi yang paling penting untuk kejayaan jangka panjang bagi seorang peniaga yang menggunakan taktik affiliate marketing. Of course, anda kan bergantung pada rakan kongsi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Jadi,  mestilah kena jaga hubungan! 

Anda perlu mewujudkan satu sistem untuk berhubung, check-in, dan berinteraksi dengan rakan kongsi yang teratur dan santai supaya mereka akan rasa berharga kepada perniagaan anda. Maklum balas anda kepada soalan-soalan pun kena lah cepat dan membantu. Jangan tunggu lama-lama! 

Lebih baik juga kalau anda memberi sokongan kepada rakan kongsi terutamanya yang baru start menjadi affiliate kepada perniagaan anda. Pastikan anda memberikan informasi yang berguna dan relevan, seperti laporan prestasi dan tips pemasaran. Ini akan membantu meningkatkan kepercayaan dan kerjasama.

4. Berkongsi Maklumat Berguna

Anda boleh mewujudkan servis perkhidmatan pelanggan supaya anda dapat memahami pelanggan anda dengan lebih baik. Jadi bolehlah anda membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan untuk menarik lebih ramai lagi affiliates yang seterusnya boleh membantu anda mempromosikan produk dan perkhidmatan upgrade tu. 

Selain itu, boleh juga menggunakan perisian Customer Relationship Management (CRM) untuk mendapatkan data penting tentang pelanggan. Sistem CRM boleh mengumpul pelbagai data tentang interaksi perniagaan dengan pelanggannya, seperti maklumat hubungan, data jualan, interaksi pelanggan, data pemasaran, data media sosial, maklum balas pelanggan dan analitik web. 

Data ini boleh dianalisis untuk mendapatkan cerapan tentang tingkah laku dan pilihan pelanggan, yang boleh membantu meningkatkan perkhidmatan pelanggan, strategi pemasaran, dan prestasi perniagaan keseluruhan. 

Sistem ini membolehkan anda menyediakan sokongan pelanggan yang bermakna. Dengan menggunakan CRM secara strategik, semua aspek pemasaran, perkhidmatan, dan penjualan produk anda boleh dijalankan secara sistematik dan serentak, yang membawa kepada kepuasan dan kesetiaan pelanggan-pelanggan anda

5.Pemantauan Campaign

Memantau data pemasaran sangat penting dalam menentukan kejayaan kempen pemasaran anda kerana anda akan dapat mengenal pasti aspek-aspek untuk penambahbaikan. Melalui analisis pemasaran, anda akan dapat mengkaji metrik untuk menentukan pulangan pelaburan (ROI) daripada usaha pemasaran afilliate anda. Lepas tu, boleh la adjust strategi tu. 

Perisian seperti Google Analytics menyediakan kaedah pelaporan yang cekap untuk menganalisis dan mempersembahkan data anda. Anda boleh menggunakan template tersedia untuk membuat kajian pemasaran. Anda boleh menggunakan info ni untuk membuat keputusan strategik seperti menambah lagi rakan kongsi atau mengkaji cara-cara pemasaran yang lain.

Uish, macam best kan affiliate marketing? Kalau ada agensi yang boleh bantu dalam semua aspek pemasaran, mesti lagi best!

Dalam semua segi pemasaran, sentiasa fikir tentang audience.

Source: Unsplash

Saksikan Kuasa Pemasaran Primal Malaysia

Sebagai digital agency nombor SATU di Malaysia, Primal mempunyai pengalaman bekerja dengan perniagaan daripada pelbagai industri. Kami telah membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang-bidang seperti kewangan, perhotelan, F&B, teknologi, e-commerce, dan banyak lagi.

Primal memahami bahawa setiap industri mempunyai keperluan dan cabaran yang unik, dan kami komited untuk memberikan penyelesaian digital yang terbaik untuk anda. Hubungi la kami sekarang untuk maklumat lebih lanjut.Â