Nak TikTok Masuk FYP? Post Pada Waktu Ini

Dari aspek pemasaran digital, sekarang banyak aplikasi yang digunapakai oleh agensi dan syarikat dan tiktok menjadi satu satunya aplikasi yang agak kerap digunakan utk mempromosikan perkhidmatan dan produk yang baru, terutamanya untuk konten video. 

Tapi kenapa TikTok semakin hari semakin popular? 

Dari segi data, ia dilaporkan TikTok mempunyai daya penarikan atau daya pengiklanan (ad potential) yang tinggi.

Nombor pengguna yang juga agak besar di Malaysia – terdapat kira-kira 4 million pengguna.

Kebanyakannya berumur bawah dari 30 tahun, manakala 41% merupakan remaja 16-24 tahun.

Mereka menggunkan TikTok untuk macam-macam tujuan, ada yang guna TikTok untuk tujuan hiburan, tapi ada juga konten yang berunsurkan Pendidikan. 

Kategori yang paling popular? Berdasarkan laporan TikTok, kategori utama untuk pengguna ke TikTok ialah untuk konten tentang fesyen dan kecantikan.

Pengguna yang paling ramai juga merupakan golongan wanita muda Malaysia.

Berdasarkan laporan TikTok, kategori utama untuk pengguna ke TikTok ialah untuk melihat konten fesyen dan kecantikan

Jadi kalau anda sebuah bisnes atau agensi pemasaran yang ingin mempamerkan produk dan perkhidmatan fesyen atau kecantikan, mestilah rugi kalau tak guna TikTok !

Sekarang, kita dah tahu TikTok itu bermanfaat, tapi bila waktu sesuai post TikTok Malaysia supaya konten kita trending di FYP? 

Bagaimana nak memaksimakan daya pengikalanan TikTok? Sebagai agensi digital mestilah ambil tahu dan membina satu “jadwal FYP TikTok” berdasarkan waktu pengguna paling ramai scroll di aplikasi ni.

Jom kita tengok waktu yang tepat untuk upload video TikTok supaya viral.

Apa Itu FYP?

Sebelum membina sebuah jadwal FYP TikTok, pertama sekali, kena tahu apa itu FYP dan kenapa FYP ni penting sangat untuk bisnes. 

FYP, atau For You Page, ialah halaman utama aplikasi yang akan dilihat first sekali bila seseorang buka aplikasi ni. 

FYP TikTok terbaik untuk memastikan konten anda dipamerkan kepada pengguna-pengguna. 

TikTok FYP menggunakan teknologi ai untuk menunjukkan pengguna koleksi video-video berdasarkan sejarah penggunaannya terdahulu. 

Jadi setiap pengguna mungkin mempunyai FYP yang berbeza.

Selain itu, pengguna juga ada pilihan untuk menukarkan halaman FYP-nya supaya menunjuk video-video TikTok yang sedang viral.

Video yang disyorkan oleh TikTok bukan dipetik dari langit! 

Terdapat kriteria tertentu untuk masuk ke FYP. 

Salah satu ciri yang dilihat TikTok ialah jumlah penonton video tersebut.

Waktu yang tepat untuk upload video di TikTok

Sekarang dah tahu kan FYP tu apa? 

Sekarang, bolehlah belajar jam FYP TikTok yang paling ON. 

Jenama-jenama dan bisnes mesti mengetahui waktu terbaik untuk mengambil kesempatan FYP TikTok hari ini!

Jam post yang terbaik untuk viral, supaya dimasukkan ke FYP TikTok ialah pada jam 6 pagi- 10 pagi dan 7 malam – 11 malam.

Hari Selasa, Khamis atau Jumaat adalah hari yang terbaik untuk post TikTok anda. 

Video TikTok mestilah dipost pada jam yang terbaik.

Bisnes juga mestilah menjadwalkan konten video seiring dengan hari perayaan di Malaysia.

Berdasarkan data, waktu perayaan terutamanya di hari minggu ialah waktu paling best untuk upload.

Hashtag-hashtag perayaan akan menarik lebih banyak orang – lebih daripada satu billion views di Malaysia sahaja berdasarkan laporan TikTok.

Walaupun TikTok bukan platform yang terbesar (lagi), sama seperti Facebook 9 tahun lalu, lebih baik bisnes anda mengaplikasikan TikTok dalam kalendar media sosial awal-awal supaya strategi media sosial anda lebih efektif andai kata TikTok menjadi lebih berpengaruh pada masa hadapan.

Tips lain yang mendorong TikTok masuk FYP TikTok 2022

Pastikan Video Berkualiti

Cara paling senang nak viral? Mestilah kena jaga kualiti! 

Pengguna lebih suka pada konten yang mempunyai substance, atau kandungan dan nilai.

Jadi sebagai creator, pastikan kualiti konten syok, walaupun tempoh masa video TikTok kejap sahaja.

Video yang diupload mesti difilem dan diedit dengan sebaik mungkin.

Kalau boleh, uploadlah video yang original, dan bukan meniru creator atau akaun yang lain.

Guna Musik Yang Sedang Trending

Musik yang sedang viral atau audio popular dapat menaikkan peluang anda untuk dimasukkan dalam FYP.

Kalau anda menggunakan audio yang kerap digunakan oleh orang lain, ini akan mendorong algoritma TikTok untuk memviralkan konten video anda juga!

Guna Hashtag

Inilah tip yang paling penting! 

Hashtag-hashtag, terutamanya hashtag perayaan, akan menarik minat ramai orang.

Hashtag perayaan mempunyai potensi untuk mendapat lebih daripada satu billion views di Malaysia, berdasarkan laporan Digital Business Lab.

Bisnes patut mengambil tahu tentang trending topik atau hashtag yang viral supaya dapat mengupload video yang relevan kepada pengguna aplikasi.

Jadi pelajarilah setiap hashtag yang sedang popular dan upload video yang berkaitan, kalau boleh dengan olahan anda sendiri. 

Untuk peluang masuk FYP lebih besar, uploadlah video setiap hari – mungkin tiga atau empat- secara konsisten menggunakan hashtag yang trending.

Ambil Kesempatan “Challenge” Popular

Banyak challenge yang akan trending setiap minggu di TikTok. 

Sama macam audio viral, video yang berkaitan dengan trending topik dan “challenge” yang sedang viral lebih digemari algoritma.

Uploadlah konten video berkaitan dengan challenge setiap minggu untuk peluang yang lebih besar masuk ke FYP TikTok hari ini.

Ambil kesempatan challenge yang trending di TikTok setiap minggu.

Caption Kreatif

Tulis caption yang sesuai, kalau boleh dengan hashtag-hashtag supaya video anda lebih viral. 

Pastikan caption anda menarik dan kreatif!