Cara Praktikkan SEO dan SEM Untuk Perniagaan Anda

Bila mula berjinak-jinak dalam pemasaran digital ini, frasa SEO dan SEM mesti asyik muncul di mana-mana. Sebenarnya apa itu SEO dan SEM? Jika anda nak tahu, SEO dan SEM merupakan konsep pemasaran digital dipraktikkan oleh pakar-pakar digital marketing untuk memdedahkan perniagaan anda di atas talian. Selain itu, SEO dan SEM turut boleh membantu anda menjana lebih banyak jualan. Dalam blog ini, kita akan mempelajari bagaimana dua konsep ini membantu perniagaan anda muncul di hasil pencarian sambil mengembangkan perniagaan anda.

Sebenarnya, apa itu SEO dan SEM dan kenapa ia penting eh?

Source: Freepik

Apa Itu SEO?

SEO atau Search Engine Optimization merupakan taktik untuk menarik perhatian pengguna secara organik di enjin carian. Untuk muncul di halaman pertama Google, isi kandungan laman web anda perlu dioptimumkan dari segi SEO. Cara pengoptimum ialah dengan memasukkan kata kunci berkaitan ke dalam apa saja kandungan laman web anda. Dengan proses pengoptimum yang cekap, perniagaan anda akan muncul di hasil pencarian pelanggan sasaran anda.

Antara kelebihan SEO ialah ia boleh meningkatkan jumlah trafik organik ke laman web kerana laman web anda akan mudah dikesan di enjin pencari seperti Google. Justeru, ini juga boleh meningkatkan jumlah pendapatan anda!

Tapi…….macam mana SEO ini berfungsi eh? Website anda takkan jadi viral terus bila masukkan satu dua kata kunci eh! Proses ini dilakukan oleh pakar-pakar SEO melalui tiga proses penting; Merangkak Data (Data Crawling), Indeks dan Kedudukan. Data Crawling merupakan proses pengumpulan data dari semua laman web serta pautan-pautan berkaitan. Seterusnya, mesin pencarian akan simpan maklumat tersebut di senarai kemasukan (indeks). Akhirnya, apabila kandungan laman web anda sesuai dengan carian pengguna internet, ia akan muncul di halam pertama Google dan ia akan disusun mengikut aturan.

SEO ini boleh dibahagikan ke dua kategori; On-page dan Off-Page. On-page SEO merupakan optimasi SEO dalam kandungan website atau blog sendiri. Off-page pula merupakan optimasi SEO yang dilakukan di luar laman web untuk impak yang lebih tinggi dan sasaran kedudukan lebih tinggi.

Untuk mendapatkan lebih banyak pengguna, konsep manakah pilihan anda?

Source: Unsplash

Apa itu SEM (Search Engine Marketing)?

Okah, dah penat cakap pasal SEO, jom focus pada SEM pula. SEM atau Search Engine Marketing Adalah proses berbayar untuk menampakkan perniagaan anda di enjin pencarian. Serupa dengan SEO, ia menggunakan beberapa kata kunci sepadan dengan pertanyaan carian dengan pelanggan sasaran anda.

SEM menggunakan cara untuk mencipta dan mengedit laman web supaya enjin carian meletakkannya lebih tinggi daripada halaman lain. Ia juga harus ditumpukan pada pemasaran kata kunci atau pengiklanan bayar setiap klik (PPC). Teknologi ini membolehkan pengiklanan membida pada kata kunci atau frasa tertentu dan memastikan iklan muncul dengan hasil enjin carian.Antara perbezaan terbesar antara SEO dan SEM adalah SEM menjana keputusan positif lebih laju untuk laman web anda, namun sedemikian, ia tidak boleh menjamin keputusan jangka masa panjang seperti SEO.

 

Perbedaan SEO dan SEM bukanlah sebesar yang anda fikir!

Source: Pexels

 

SEM vs SEO: Manakah yang Terbaik Untuk Anda?

Antara SEO dan SEM, konsep mana yang paling best untuk digital marketing? Penggunaan SEO dan SEM adalah bergantung kepada saiz perniagaan anda. Untuk keputusan terbaik, sepatutnya, anda patut menggunakan SEO dan SEM serentak bagi menjamin perniagaan “rank” lebih tinggi di Google.

Tapi, penggunaan kedua-dua konsep secara serentak bukanlah opsyen yang mudah untuk semua peniaga. Oleh itu, and anda perlu pertimbangkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan. Faktor pertama sudah tentu masa yang diperuntukkan. Bagi perniagaan kecil, anda mahukan “online visibility” pada masa yang pantas di mesin pencari. SEM mengambil masa yang lebih pendek kerana ia merupakan proses berbayar.

Faktor kedua merupakan data yang anda telah peroleh mengenai pelanggan sasaran anda. SEM merupakan peluang terbaik untuk anda menangkap lebih banyak data daripada carian organik. Kempen SEM boleh disiasat melalui Google Analytics untuk melihat faktor-faktor seperti klik, impression, CTR, sesi dan penukaran. Data-data ini boleh digunakan menjangkakan trend-trend akan datang dan menarik pelanggan-pelanggan baru.

Seterusnya, anda perlu pertimbangkan keadaan laman web anda. Sekiranya laman web anda sudah berada di kedudukan tinggi, anda boleh fokus pada SEM kerana ia boleh fokus untuk mana-mana promosi perniagaan anda. Namun, SEO boleh membantu mengawal reputasi perniagaan anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Hanya satu blog cukup untuk mengawal naratif anda dan pastikan hanya maklumat-maklumat yang sepatutnya akan sampai ke pelanggan anda.

Sebagai peniaga, faktor paling penting sudah tentu bajet bukan? Sekiranya bajet anda tidak tinggi, mungkin anda perlu ketepikan SEM kerana ia menggunakan wang untuk mempromosikan perniagaan anda. Walaupun SEO boleh mengambil masa yang agak lama, tetapi ia sudah pasti akan boleh menunjukkan keputusan yang anda mahu.

Hah, itu je sebenarnya perbezaan antara SEO dan SEM. Dua-dua konsep ini boleh membantu membawa perniagaan anda ke tahap yang paling terbaik JIKA dipraktikkan secara betul. Data yang anda kumpul melalui kempen SEM boleh digunapakai untuk kempen SEO pada masa hadapan. apabila perniagaan anda sampai ke tahap yang dikehendaki, anda boleh mempraktikkan SEO dan SEM untuk keputusan yang terbaik. Tapi….rasa macam rumit kan, kadang-kadang SEO lah, kadang SEM lah? Hah, sebab tu ada pakar-pakar digital marketing macam di Primal Malaysia.

Nak SEO? Nak SEM? Nak content marketing? Setel! Hanya berbekalkan bajet dan keinginan untuk mengembangkan perniagaan anda, datang ke Primal dan bertemu dengan pasukan kami untuk solusi-solusi paling optimum!

Jika anda masih ragu-ragu, hubungi pakar-pakar di Primal Digital Agency Malaysia untuk segala keperluan SEO dan pemasaran digital anda. Try je dan lihat kami bawa perniagaan anda ke muka pertama pencarian Google!