Kalendar Pemasaran SME: Bulan Paling Untung 2023

2022 mungkin bukan tahun terbaik untuk perniagaan. Banyak SME masih berusaha untuk pulih daripada wabak COVID-19 dan mendapatkan semula wang yang hilang sejak beberapa tahun lalu. Sekarang, keadaan pun lebih mencabar dengan tekanan inflasi yang semakin menjadi-jadi.

Walaupun situasi semakin mencabar, kena lah fikir secara positif! Terdapat banyak tips- tips untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda, termasuk dari segi pemasaran digital. Adakah anda tahu terdapat bulan-bulan yang lebih menguntungkan untuk kempen pemasaran digital anda? Gunalah “cheat sheet” kami untuk merancang strategi anda untuk 2023!

Berikut adalah beberapa bulan dan tarikh yang penting untuk anda merancang kalendar pemasaran  untuk 2023.

Bulan Penting Yang Perlu Dimasukkan Dalam Kalendar Pemasaran

Januari

Mulakan Januari 2023 Dengan Keuntungan Semasa Tahun Baru Cina

Source: Unsplash

Tahun 2023 bermula terus dengan bulan yang sangat menguntungkan bagi SME kerana Tahun Baru Cina jatuh pada hari 22 dan 23 Januari. Orang Cina percaya bahawa setiap orang harus memulakan tahun baru dengan membeli barang baru, seperti pakaian dan aksesori. Membeli barang baru ialah satu simbol permulaan baru. Ia dapat mengalu-alukan kemakmuran dan kesejahteraan ke dalam hidup anda.

Selain fesyen, SME dalam industri lain boleh mendapat keuntungan dengan menjual hadiah Tahun Baru Cina. Pemberian hadiah satu tradisi dalam hampir setiap adat, dan Tahun Baru Cina tiada bezanya. Perniagaan anda boleh menyediakan hamper dan menu isitimewa supaya orang ramai boleh menghadiahkannya kepada rakan sekerja, saudara mara dan juga rakan-rakan yang lain.

Februari

Rakyat Malaysia Berbelanja Purata RM700 Pada Hari Valentine

Source: Unsplash

Februari adalah bulan cinta, dan orang ramai menunjukkan kasih sayang mereka dengan membeli hadiah untuk orang tersayang. Menurut tinjauan Mastercard pada 2017, pengguna Malaysia merancang untuk membelanjakan RM700 secara purata pada Hari Valentine. Sama ada hidangan mewah, hadiah mahal atau sesuatu yang sentimental, orang ramai selalunya akan belanja besar pada 14 Februari.

Bulan ini juga penting untuk kanak-kanak yang akan kembali ke sekolah pada bulan Mac. Oleh itu, ibu bapa akan berusaha untuk memulakan persediaan kembali ke sekolah untuk anak-anak. SME boleh untung besar pada bulan ini dengan mengadakan promosi barangan atau perkhidmatan untuk ibu bapa dan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah.

April

Perbelanjaan Semasa Ramadan & Hari Raya Meningkat Sehingga RM18 bilion Setiap Tahun

Source: Freepik

Hari Raya merupakan satu lagi perayaan di Malaysia yang penuh dengan peluang untuk SME. Orang Melayu akan berpusu-pusu ke kedai untuk mendapatkan segala keperluan mereka untuk musim perayaan ini. Barangan seperti makanan, pakaian dan hadiah menjadi keutamaan dalam senarai beli-belah mereka.

Kira-kira 62.5% penduduk menyambut perayaan ini, jadi semestinya jualan pasti meningkat. Menurut Google, perbelanjaan semasa Ramadan dan Hari Raya meningkat sehingga RM18 bilion setiap tahun. Rakyat Malaysia dalam sektor kerajaan pula akan mendapat bonus Hari Raya, meningkatkan duit belanja mereka untuk beria-ria pada bulan Ramadan.

November

Penjual Lokal Kali Pertama Menyaksikan Peningkatan Pesanan Sebanyak 18x Pada 11.11

Source: Freepik

Perniagaan SME boleh jangkakan jual beli pengguna akan reda sekejap selepas banyak berbelanja pada musim perayaan yang back-to-back dari Januari hingga April. Walau bagaimanapun, apabila bulan November tiba, SME anda akan dapat banyak lagi peluang untuk mendapatkan keuntungan. November boleh dikatakan bulan paling menguntungkan, sebab banyak tarikh istimewa untuk tujuan promosi.

Jadual padat bulan ini bermula dengan Hari Bujang, lebih dikenali sebagai 11.11. Ia adalah hari yang paling dinanti-nantikan di Malaysia untuk pembelian dalam talian. Menurut Shopee, pada 2021, platform mereka menjual lebih dua bilion item pada 11.11, dan penjual tempatan kali pertama menyaksikan peningkatan order sebanyak 18x berbanding purata harian.

11.11 mungkin lebih besar tahun ini kerana ia jatuh sehari sebelum Deepavali, jadi orang ramai pasti akan cuba mendapatkan tawaran terbaik supaya dapat membeli hadiah untuk orang tersayang.

Bukan itu sahaja! November berakhir dengan Black Friday (24 November) dan Cyber Monday (27 November). Dua hari ini terkenal sebagai jualan terbesar tahun ini di AS. Walaupun ia tidak sepopular 11.11 di Malaysia, anda masih boleh memberi fokus kepada tarikh-tarikh tersebut.

Disember

Akhiri Tahun Dengan Keuntungan Semasa Krismas

Source: Unsplash

Sambutan Krismas dan Tahun Baru dijangka meningkatkan jualan untuk pelbagai SME. Orang ramai akan bergegas ke kedai untuk melengkapi ruangan bawah pokok krismas mereka dengan hadiah untuk seluruh keluarga.

Menurut penyelidikan pada 2017, setiap pelanggan Lazada membelanjakan secara purata RM310, ataupun jumlah nilai barangan kasar bernilai RM1.01 bilion, semasa jualan 12.12. 

Tingkatkan Kesedaran Mengenai Perniagaan Anda Dengan Strategi Pemasaran Digital yang Komprehensif

Source: Unsplash

Memang penting untuk ambil tahu bulan-bulan yang lebih untung untuk pemasaran digital, tetapi anda masih memerlukan “online presence” yang kukuh untuk melihat kesan. Kalau nak benar-benar menonjol dalam era digital, perniagaan anda memerlukan strategi pemasaran digital yang komprehensif. Ini bermakna mencapai “target audience” anda melalui pelbagai platform seperti social media ads, SEM dan SEO di Malaysia

Jika anda boleh mencipta jadual pemasaran digital yang menarik minat sasaran anda pada masa dan tarikh yang disenaraikan di atas, perniagaan anda pasti akan berjaya. Hubungi Primal Digital Agency Malaysia hari ini untuk strategi pemasaran digital yang mantap dan lain daripada yang lain