Nak Tahu Tips Berjaya Dalam Bisnes Kecantikan?

Tahu tak nilai pasaran industri kecantikan di Malaysia dijangka mencecah AS$999 juta menjelang tahun 2026. Patutlah semakin ramai usahawan yang cenderung untuk menceburi bidang ini. Tengok je dalam TikTok dan Instagram, betapa banyak usahawan yang mempromosikan produk kecantikan termasuk mekap dan skincare.

Dalam banyak-banyak bisnes besar, kenapa ramai rakyat Malaysia tertarik dengan industri kecantikan?

Source: Unsplash

Oleh sebab itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang meneliti keperluan untuk mengawal-selia pusat yang menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan, memandangkan industri ini berpotensi menyumbang kepada ekonomi negara. Antara yang perlu diteliti adalah permintaan pengguna, rantaian nilai, penggunaan teknologi dalam trend semasa rawatan kecantikan dan keselamatan pengguna.

So, clearly industri ini tengan membangun sekarang ni. Tapi, pernah tak anda terfikir apa strategi pemasaran digital yang diaplikasikan oleh usahawan produk kecantikan sehingga boleh meraih keuntungan masyuk sebegini? 

Usahawan kecantikan perlu mengenal pasti pelbagai cara untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka terutamanya melalui pemasaran digital. Pemasaran digital merangkumi penggunaan media sosial, iklan dalam talian, dan pengoptimuman mesin carian (Search Engine Optimization). Berikut tips-tips anda boleh gunakan untuk pastikan langkah pemasaran anda berjaya dalam industri ini.

Tips Berjaya Dalam Industri Kecantikan

1. Memahami Pasaran Anda

Untuk berjaya dalam industri kecantikan Malaysia, para peniaga perlu memahami pasaran mereka. Ini termasuk mengenal pasti audiens sasaran, keutamaan pengguna, dan pesaing. Dengan memahami pasaran, perniagaan dapat menyesuaikan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pasaran.

Perniagaan perlu mengenal pasti siapa pelanggan sasaran mereka dan apa yang mereka cari dalam produk dan perkhidmatan kecantikan. Ini boleh melibatkan mengumpul data demografi tentang usia, jantina, lokasi, dan keperluan kecantikan pelanggan.

Selain itu, para usahawan perlu memahami keutamaan pengguna. Ini termasuk mengetahui motivasi bagi pengguna yang mendorong mereka membeli sesuatu produk dan perkhidmatan kecantikan, seperti keberkesanan, kualiti, harga, dan pengalaman pelanggan. Dengan memahami keutamaan atau prioritas pengguna, perniagaan dapat menyesuaikan produk dan perkhidmatan kecantikan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

2. Kekal Up-To-Date Dengan Trend

Kalau nak berjaya dalam industri kecantikan anda perlu memastikan bahawa perniagaan selalu mengikuti perkembangan terbaru dalam dunia kecantikan, seperti trend pemasaran sosial media terbaru. Anda boleh juga membiasakan diri membaca publikasi industri, mengikuti pameran dan acara industri, dan memantau media sosial dan platform online yang lain.

Mengikuti trend juga dapat membantu perniagaan untuk mengetahui apa yang sedang dicari dan diperlukan oleh pelanggan, sehingga dapat mengembangkan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan permintaan pasaran terkini. Selain itu, mengikuti trend dapat membantu perniagaan untuk memperluas jangkauan dan pasaran yang lebih luas.

Orang yang berjaya dalam industri kecantikan guna ilmu apa ye?

Source: Unsplash

3. Layanan Pelanggan Terbaik

Cuba tanya diri anda, siapa je tak suka customer service yang baik kan? Ini bukan sahaja terhad kepada layanan dalam kedai, tapi layanan khidmat pelanggan atas talian juga! 

Memberikan pelayanan pelanggan yang sangat baik adalah kunci untuk menggalakkan pengalaman pelanggan yang positif dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan jenama anda. Sekiranya pelanggan merasa dihargai, mereka pasti merasa lebih puas dengan pengalaman mereka dan akan lebih mungkin untuk membeli produk atau perkhidmatan dari perniagaan anda lagi sekali! Ini lah dipanggil customer loyalty!

4. Gunakan sosial media untuk berjaya (terutamanya TikTok dan Instagram)

Pemasaran digital merujuk kepada penggunaan pelbagai saluran digital dan teknik untuk mempromosikan produk, perkhidmatan atau jenama. Ini termasuklah pemasaran di sosial media seperti Facebook, Instagram, dan TikTok.

Tengok je dalam TikTok dan Instagram, betapa banyak peniaga industri kecantikan mempromosikan produk mereka dalam “live”

TikTok dan Instagram menawarkan perniagaan dalam industri kecantikan pelbagai peluang untuk memasarkan produk mereka dengan berkesan. Melalui kandungan visual seperti foto atau video pendek, perniagaan boleh mempamerkan produk mereka, menunjukkan cara menggunakannya dan menyerlahkan ciri unik. 

Perkongsian influencer juga boleh menjadi cara yang berkesan untuk menjangkau khalayak baharu, manakala kandungan yang dijana pengguna boleh membantu menjana buzz dan mewujudkan komuniti di sekeliling jenama. Anda boleh menjalankan peraduan, menawarkan diskaun eksklusif dan menggunakan UGC boleh menarik minat pengguna dan meningkatkan kesedaran jenama. 

Memanfaatkan pemasaran sebegini dalam perniagaan kecantikan anda boleh membantu anda menjangkau audiens yang lebih luas, berinteraksi dengan pelanggan, dan membina kesedaran jenama. 

Nak Primal Malaysia Viralkan Bisnes Kecantikan Anda?

Tahu tak brand lokal terkenal seperti Total Image dan Nihon Skin? Perniagaan ini yang bermula secara kecil-kecilan mencapai populariti berstatus viral dalam kalangan rakyat Malaysia kerana mereka menggunakan bantuan premium Primal Digital Marketing Agency! Dari servis SEO di Malaysia ke Pay Per Click di Malaysia, kami boleh membantu anda membawa produk kecantikan anda ke pasaran yang lebih luas. Tunggu apa lagi? Hubungilah kami sekarang!