5 Faedah Laman Web Untuk Perniagaan Anda

Banyak manfaatnya sekiranya anda mempunyai sebuah laman web tersendiri, terutamanya untuk perniagaan kecil dan sederhana.

Perhatian semua tuan perniagaan kecil dan sederhana! Kalau anda tak nak rugi, anda mesti menubuhkan sebuah laman web untuk bisnes anda!

Sekiranya anda masih tidak ditemui mesin enjin carian, anda belum terjamin akan mencapai potensi  tertinggi dalam dunia digital ini. Salah satu caranya ialah melalui penubuhan laman web perniagaan. 

Terdapat pelbagai manfaat sekiranya anda mempunyai sebuah laman web tersendiri, terutamanya untuk perniagaan kecil dan sederhana. Laman web atau website boleh meningkatkan visibility anda atas talian dan memudahkan bisnes ditemui oleh algoritma mesin enjin carian seperti Google, Yahoo, dan Bing.

Kewujudan di ruangan digital seperti enjin carian dapat membantu dengan pelbagai aspek pemasaran terutamanya dari segi penjangkauan pelanggan dan prospek pada jangka panjang dengan taktik-taktik tertentu. 

Tak ada masalah kalau anda lebih gemar bergantung kepada platform media sosial seperti pemasaran di Facebook atau Instagram untuk operasi bisnes anda, namun platform-platform media sosial tidak mempunyai semua fungsi yang dapat membantu dengan operasi perniagaan. Tambahan pula, platform-platform media sosial kadang-kadang boleh memberi imej yang kurang legitimate atau credible berbanding dengan sebuah laman web perniagaan official.

Lebih efektiflah kalau anda memiliki website tersendiri sekaligus menggunakan trafik daripada media sosial anda untuk meningkatkan kadar sesi penggunaan website. Contohnya, pelanggan dari platform media sosial yang sedia ada boleh dibawa ke website kalau mereka ingin melengkapkan satu transaksi penjualan melalui link kepada landing page anda. 

Jom, kita terus membaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang kepentingan laman web kepada perniagaan.

Kepentingan laman web kepada perniagaan

Pakar-pakar kami di Primal Malaysia telah meringkaskan manfaat-manfaat sebuah laman web kepada perniagaan masa kini. Antaranya:

1) Branding

Sebagai pemasar digital, branding atau penjenamaan memang sangat penting untuk membina reputasi yang kukuh untuk perniagaan anda supaya nama jenama anda tersemat dalam minda-minda pelanggan.

Laman web anda berperanan sebagai pemberi-maklumat tentang produk dan bisnes, lagi-lagi sekiranya anda mempunyai perniagaan yang kecil atau masih baru. Laman web mampu diisikan dengan konten dalam bentuk educational atau informational yang akan dapat mendidik pelanggan anda.

Selain itu, melalui aplikasi laman web seperti blog, atau kaedah seperti copywriting, anda akan berpeluang untuk menyediakan maklumat seperti penerangan tentang produk atau jenama, gambar-gambar yang lebih HD, serta review dan testimoni produk daripada pelanggan yang sedia ada.

Melalui laman web atau website yang unik, anda juga dapat menguji pelbagai jenis taktik penjualan eCommerce – anda boleh adjust fungsi laman web anda daripada fungsi pendidikan kepada fungsi eCommerce dengan mengaktifkan feature eCommerce yang disediakan oleh pelbagai perkhidmatan hosting laman web yang ditawarkan sekarang ni.

Laman web anda boleh dijadikan medium untuk melakukan pemasaran.

2. Medium Pemasaran

Pemasaran menjadi tulang belakang yang dapat membezakan sesebuah syarikat yang berjaya dan satu syarikat yang tersangkut. Tanpa strategi pemasaran yang sesuai dan komprehensif, macam mana anda nak menarik perhatian pelanggan dalam pasaran yang tepu dengan ribuan bisnes-bisnes yang lain? 

Tak hairan lah anda mungkin berdepan risiko kerugian kalau gagal memasarkan produk dan servis anda dengan berkesan.

Jadi, laman web anda boleh dijadikan medium untuk melakukan pemasaran. Salah satu caranya – menghasilkan iklan online menggunakan platform-platform tertentu dan menggunakan pengiklanan PPC advertising menggunakan link website anda. 

Anda juga boleh menggunakan laman web anda untuk berhubung dengan pelanggan dan prospek – terterakan maklumat perhubungan anda pada laman web, dan seterusnya wudjudkan pelbagai jenis saluran untuk memudahkan perhubungan pelanggan dan prospek, seperti e-mel, telefon, atau Whatsapp. Ataupun download sahaja plug-in live chat untuk disertakan dalam laman web anda.

3. Design mampu menarik pelanggan

Tahukah anda, laman web yang mempunyai design atau user interface (UI) yang menarik mampu dijadikan faktor tarikan tersendiri.

Sama seperti kedai yang nampak eksklusif, laman web yang senang digunakan mempunyai daya tarikannya sendiri. Itulah sebab kita cakap… perniagaan boleh meraih keuntungan ekstra kalau anda mempunyai laman web yang best!

Jadi, kalau anda nak wujudkan satu laman web, anda kena make sure design anda trendy dan menarik untuk memberi lebih impak kepada prospek anda. Lepas tu, jangan lupa pula untuk mengemas-kinikan laman web tu.

4. Waktu Operasi 24/7

Kalau anda mempunyai sebuah laman web, perniagaan  anda boleh beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu lagi membayar bil untuk operasi kedai. Selain itu, anda dapat menjangkau khalayak yang lebih luas dengan laman web sekiranya anda memanfaatkan teknik-teknik SEO (Bacalah blog kami ni kalau nak tahu lebih lanjut!).

5. Kos Rendah

Menubuhkan satu website satu benda yang murah tapi sangat bernilai berbanding dengan langkah-langkah pemasaran yang lain. Sebagai titik permulaan, anda mungkin perlu membayar fi domain dan hosting untuk publish website anda.

Kalau anda nak laman web yang lebih kemas dan professional, mungkin anda perlu membayar kos lebih sikit untuk perkhidmatan agensi atau syarikat yang lebih pakar dalam penubuhan dan reka bentuk laman web atau website UX & UI.

Namun, fi tersebut sangat kecil berbanding nilai yang anda dapat dalam jangka masa panjang. 

 

SEO merupakan satu teknik pemasaran organik yang menggunakan kata kunci supaya laman web anda ditemui di mesin enjin carian Google

 

6) SEO

SEO merupakan satu teknik pemasaran organik yang menggunakan kata kunci supaya laman web anda ditemui di mesin enjin carian Google. Proses ini senang sahaja, tapi mungkin mengelirukan sedikit.  Apa-apapun, tanpa sebuah website, anda tidak dapat memanfaatkan langkah pemasaran emas ini. 

Proses ini mungkin memerlukan masa berbulan-bulan untuk membuahkan hasil tetapi anda mampu menjangkau  audiens yang sangat luas menggunakan teknik SEO. Kalau anda bandingkan dengan kos pengiklanan yang lain, mesti lagi jimat! ROI daripada SEO pasti menunggu anda, janji ada website yang power dulu! 

Kalau anda berasa keliru dengan cara-cara nak set-up laman web yang baik, hubungilah kami. Pakar di Primal Malaysia digital agency Malaysia sedia membantu. Tambahan pula, banyak lagi servis pemasaran lain yang ditawarkan seperti perkhidmatan Facebook advertising dan Instagram advertising di Malaysia. Anda tengoklah sendiri!