Gunakan Tips Pemasaran TikTok Ini Pada Bulan Ramadhan

Rasa macam baru je Raya 2022 habis. Sekarang dah nak Ramadhan lagi (Psst.. puasa ponteng tu dah habis ganti ke?). 

Bulan Ramadhan yang mulia bukan sahaja baik untuk menambah pahala – anda boleh juga menggunakan time ni untuk mengembangkan perniagaan anda. 

Tak bosan ke guna pemasaran Facebook (Facebook advertising) je masa bulan Ramadhan? Sebagai peniaga, anda perlulah tahu mengenai cara untuk menggunakan TikTok menarik pelanggan bersempena bulan Ramadhan dan Hari Raya. 

Ini kerana, pada zaman 2023 ni, TikTok didapati mempunyai pengaruh luar biasa dalam menarik dan mengubah persepsi pengguna dan pelanggan, terutamanya dalam kalangan Gen-Z.

Ia merupakan antara platform media sosial yang terbaik untuk para pemasar perniagaan menonjolkan produk mereka dengan hebat dan efektif.

Jom lah baca tips-tips kami sebagai salah satu digital agency terbaik di Malaysia untuk merangka strategi pemasaran TikTok perniagaan yang berkesan.

Pemasaran TikTok Untuk Ramadhan

Menurut Shiying Hong yang merupakan strategis TikTok Asia Tenggara, pada Ramadhan 2021, terdapat kenaikan video sebanyak 2.8x, serta kenaikan tontonan video sebanyak 3.8x.

Kenaikan ini dipengaruhi oleh rakyat Malaysia yang yang bangun tidur pada waktu Sahur dan melayani TikTok di awal pagi.

ShiYing turut menjelaskan bahawa 65% pengguna TikTok membeli belah lebih banyak pada bulan Ramadhan. 

Memandangkan Raya 2023 akan menjadi sambutan pertama dalam beberapa tahun tanpa peraturan Covid-19 yang ketat, rakyat Malaysia dijangka akan mengadakan sambutan Raya secara besar-besaran, sama seperti sebelum pandemik zaman dahulu. 

Gunakanlah taktik di bawah untuk mengambil kesempatan perbelanjaan yang dijangka berganda-ganda pada musim Ramadhan akan datang.

Aplikasi TikTok dilancarkan pada tahun 206 dan telah membantu pelbagai peniaga

Source: Unsplash

Taktik Penggunaan Aplikasi TikTok Untuk Perniagaan Anda

1. Konten Raya

Satu cara untuk menggunakan TikTok semasa Ramadhan ialah anda boleh membuat video yang mempamerkan tawaran atau promosi Ramadhan istimewa. 

Sebagai contoh, mungkin boleh membuat membuat tutorial memasak untuk hidangan tradisional Ramadan, atau berkongsi petua untuk kekal bermotivasi semasa berpuasa. 

Selain itu, anda boleh juga mencipta video yang menyerlahkan aspek budaya Ramadan, seperti kepentingan amal dan komuniti.

2. Cabaran atau “Challenge” Raya

Satu lagi cara untuk menggunakan TikTok semasa Ramadan ialah menyertai pertandingan atau “TikTok challenge” Ramadan yang popular. 

Ramai pengguna selalu melakukan dan mengambil bahagian dalam trend cabaran atau “TikTok challenge” di platform ini. Sebagai contoh “Cabaran Resipi Ramadhan” atau “Cabaran Kecergasan Ramadhan.” 

Perniagaan anda boleh mengambil bahagian dalam cabaran ini atau mencipta “challenge” sendiri. Ini boleh membantu meningkatkan “visibility” dan menarik perhatian prospek-prospek yang menggunakan TikTok. 

Cabaran-cabaran ini akan mendapat lebih banyak daya tarikan apabila anda bekerjasama dengan influencer, menjadikan video lebih viral.

TikTok memberi peluang kepada para peniaga SME untuk jimatkan kos pemasaran mereka.

Source: Unsplash

3.Promosi Produk

Selain itu, ramai orang menggunakan TikTok untuk mendapat maklumat tentang produk baharu. Jadi, gunakanlah platform untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan anda. TikTok mempunyai ciri e-commerce” yang membolehkan bisnes “tag” produk dalam video. Ini akan memudahkan pengguna mencari dan membeli produk yang mereka lihat dalam satu-satu video.

Promosi produk boleh dilakukan melalui pengehosan siaran langsung atau “live-stream”, di mana anda  boleh menjawab soalan, memaparkan bibit-bibit di sebalik tabir (“behind the scenes”) dan berkomunikasi dengan penonton secara “real-time”.

4. Hashtag #Ramadhan

Cipta hashtag bertema untuk perniagaan anda. Ini akan menggalakkan pelanggan menggunakannya apabila membuat konten “review” tentang produk atau perkhidmatan anda semasa bulan Ramadan.

Gunakan strategi pemasaran TikTok untuk memaksimakan daya tarikan perniagaan anda pada bulan Ramadhan.

Source: Unsplash

5. Filter Ramadhan

Pelbagai filter boleh digunakan untuk menghasilkan konten perniagaan yang menarik. Ambillah kesempatan menggunakan filter bertema Ramadhan musim perayaan tahun 2023 yang akan datang. Ini satu taktik yang berkesan terutamanya jika “audio” filter itu sedang viral atau “trending”. Penggunaan hashtag dan filter sekaligus boleh menaikkan peluang video anda untuk masuk ke dalam “For You Page (FYP). Kalau anda nak tahu bagaimana cara untuk masuk FYP secara lebih detail, tengoklah blog kami di sini.

6.Kolaborasi & Analisis

TikTok memberi peluang kepada perniagaan untuk membentuk kolaborasi dengan perniagaan lain dalam industri. Berkongsi “audience” dengan perniagaan lain boleh membantu meningkatkan “visibility” dan menjangkau khalayak yang lebih luas.

OK, sekarang anda dah tahu cara-cara terbaik untuk pemasaran TikTok, tapi kalau anda tak gunakan tool-tool analitik yang disediakan TikTok, mesti rugi!

Gunakan “feature” analitik terperinci ini supaya anda dapat menjejaki prestasi pemasaran konten video anda. Dengan menggunakan analitik yang disediakan, anda boleh menentukan jenis kandungan yang sesuai dengan sasaran pelanggan secara spesifik. Lepas tu, bolehlah hasilkan lebih banyak konten yang sesuai, relevan, dan popular dengan “audience” anda!

Agensi TikTok Yang Menepati Cita Rasa Anda

Sangat rugi kalau anda mengetepikan pemasaran pada TikTok semasa Ramadhan. Dengan menggunakan taktik pemasaran yang dibincangkan di atas, anda boleh meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang bisnes anda.

Kalau masih keliru, mungkin anda perlukan bantuan agensi profesional. 

Hubungilah Primal Digital Agency Malaysia. Selain pemasaran Facebook dan pemasaran Instagram, kempen pemasaran digital kami juga berjaya memenangi anugerah, antaranya search marketing agency terbaik di Malaysia. Sebelum bulan Ramadhan tiba, dapatkanlah proposal kami untuk strategi pemasaran TikTok perniagaan anda untuk keuntungan yang masyuk pasa masa hadapan.