8 Content Tips Untuk Raya Semua Pemasar Digital Mesti Tahu!

Musim Ramadhan dan Raya semakin dekat, jadi pemasar digital wajiblah memanfaatkan peluang keemasan ini untuk tingkatkan promosi dan jualan extravaganza! Kalau tak, mcam mana nak dapatkan kesedaran jenama (brand awareness), penjualan, dan keuntungan perniagaan yang lagi hebat untuk perniagaan anda? 

Berminat? Ikutilah lapan content tips untuk Raya berikut supaya anda boleh memaksimakan daya tarikan jenama anda pada musim ini.

Ikutilah tips ni khusus daripada pakar pemasaran digital Primal Digital Agency Malaysia! Mesti berjaya punya!

8 Content Tips Untuk Raya & Bulan Ramadhan Ni!

Tingkatkan engagement pada Hari Raya dengan 8 content tips untuk raya ini 

Sumber: Freepik

1. Promosi Eksklusif & Tawaran Istimewa

Pada musim Raya, ramai rakyat Malaysia akan banyak berbelanja. Jadi, gunakanlah masa ini untuk menarik perhatian pelanggan dengan promosi eksklusif yang hanya ditawarkan pada waktu Ramadhan atau Aidilfitri.

Dengan tawaran yang hebat, perniagaan anda akan menarik perhatian orang ramai semasa musim perayaan ini. Korang boleh beri diskaun ataupun tawaran BUY ONE FREE ONE untuk pelanggan anda.

Pastikan promosi anda diuar-uarkan dengan sebaiknya untuk pengetahuan orang ramai. Kalau tak, promo ada, tapi kedai kosong….

2. Gunakan Pemasaran Influencer 

Para influencer merupakan golongan yang amat berpengaruh dalam pemasaran kerana followers mereka sangat taat menanti-nantikan konten mereka. Mestilah prospek yang terdiri dalam kalangan followers influencer akan memberi perhatian apabila influencer kegemaran mereka mengesyorkan produk atau perkhidmatan tertentu.

Apabila pengikut mereka repost, komen dan share content yang berkaitan dengan perniagaan anda, anda juga akan mendapat publisiti! 

Tips: Jikalau anda ikuti content tip untuk raya ni, pastikan anda pilih influencer yang menepati penjenamaan atau brand voice anda ya

Selain itu, pemasaran influencer juga boleh berfungsi sebagai satu bentuk pengiklanan organik yang hebat di mana anda tidak perlu membayar kos luar biasa untuk menjangkau khalayak sasaran yang lebih luas.

3. Hasilkan Konten Tentang Idea Hadiah

Satu lagi cara untuk memanfaatkan musim perayaan adalah untuk membangunkan konten tentang idea hadiah untuk rakan dan ahli keluarga sempena Hari Raya.

Ramai orang suka membeli barangan yang menyemarakkan semangat musim perayaan!

Sumber: Freepik

Pada musim ini, ramai orang bakal balik kampung dengan buah tangan ataupun hadiah. Ini memberi peluang yang baik untuk perniagaan mempamerkan produk kepada pelanggan dan prospek. 

Tips: Selain content Raya, anda juga boleh mencipta produk istimewa hanya untuk musim sebegini, seperti pakaian Hari Raya eksklusif ataupun giftbag dengan kuih muih Raya.

4. Mengadakan Peraduan

Anda boleh mengadakan peraduan sepanjang bulan Ramadhan dan  Hari Raya, di mana pelanggan boleh mengambil bahagian untuk memenangi hadiah atau tawaran eksklusif. 

Peraduan media sosial di Instagram yang menggalakkan pelanggan dan followers anda repost konten untuk memenangi peraduan tersebut dapat membantu meningkatkan brand visibility anda kerana konten anda akan dikongsikan dan mungkin juga menjadi viral.

Peraduan ialah cara terbaik untuk melibatkan pelanggan anda, meningkatkan keterujaan untuk jenama anda, dan pada masa yang sama, anda boleh memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan yang setia.

5. Buat Konten Trend Beli-belah

Pemasar digital juga boleh mencipta konten yang membincangkan trend-trend beli-belah pada musim ini, seperti jenis produk yang popular atau produk yang high demand dalam kalangan pengguna. 

Konten jenis ini akan membantu pelanggan membuat keputusan terbaik semasa membeli-belah pada musim perayaan dan boleh meningkatkan lagi permintaan untuk perniagaan-perniagaan yang dirujuk konten berkenaan.

6. Konten Video

Pemasaran video ialah salah satu cara paling berkesan untuk menjalin hubungan dengan khalayak sasaran anda dalam talian kerana ia membolehkan anda berhubung secara lebih langsung dengan bakal pelanggan melalui medium visual dan video yang lebih menarik.

Hasilkan konten video untuk raya yang akan datang dan engage khalayak sasaran anda.

Sumber: Freepik

Selain itu, pelanggan anda mungkin lebih cenderung untuk berkongsi konten video yang lawak atau menarik, – jadi, lebih banyak peluang di sini untuk meningkatkan pendedahan untuk perniagaan anda tanpa sebarang kos tambahan!

Tips: Pamerkan content anda di platform TikTok untuk menarik pengguna media sosial bersempena bulan Ramadhan dan Hari Raya ni (anda juga boleh tubuhkan TikTok Shop!). Pakar di Primal Malaysia sudahpun membuat penyelidikan, anda boleh baca tips pemasaran di TikTok dengan lebih lanjut dan melaksanakannya masa Ramadhan ini!

7. Gunakan Platform Media Sosial

Platform media sosial seperti Facebook, TikTok, dan Instagram adalah salah satu cara terbaik bagi perniagaan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan bakal pelanggan semasa musim perayaan ini!

Jika anda aktif di platform media sosial, kami mengesyorkan anda menyiarkan iklan perniagaan PPC menggunakan platform-platform ini. (Baca lah blog kami tentang pengiklanan PPC untuk ketahui lebih lanjut). 

Pastikan anda menyediakan iklan khusus untuk musim perayaan ini supaya ia menonjol daripada iklan generik yang disiarkan pada hari-hari biasa yang lain!

8 . Pemasaran E-mel

Akhir sekali, kempen pemasaran e-mel ialah satu kaedah lain yang juga sangat berkesan untuk perniagaan anda berhubung dengan pelanggan untuk menyiarkan mesej yang personalised tentang tawaran produk/perkhidmatan semasa Raya!

Pastikan kandungan e-mel anda menarik! Anda boleh berkongsi cerita tentang cara produk tertentu dibuat atau fakta menarik tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Ingat! E-mel anda harus dirangka dengan cara yang betul supaya pelanggan akan tahu bahawa e-mel itu e-mel yang sahih, dan bukannya e-mel spam; jika tidak, ia mungkin tidak akan dibuka pun oleh pelanggan anda.

Dengan menggunakan lapan content tips untuk Raya ini, perniagaan anda berpeluang untuk memanfaatkan musim yang sangat menguntungkan ini! Tingkatkan kesedaran tentang produk/perkhidmatan anda untuk menggandakan lagi jualan anda! Semoga berjaya!

Perlu bantuan pakar? Contact Primal Digital Agency Malaysia je!

Jika anda memerlukan bantuan dalam pengiklanan Facebook atau Instagram (Facebook advertising & Instagram advertising) atau mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara digital, cubalah sahaja perkhidmatan agensi pemasaran digital terkemuka. 

Primal Digital Agency Malaysia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengiklanan Pay-per-click dan juga SEO services di Malaysia! Pasukan pakar kami akan membantu perniagaan anda dengan strategi pemasaran Raya yang menepati objektif anda!