10 Industri Yang Boleh Dapat Manfaat Daripada Servis PPC

Adakah anda seorang peniaga yang sedang mempertimbangkan strategi pemasaran terbaik untuk jenama dan bisnes anda? Pakar strategi pemasaran sering menguar-uarkan faedah pengiklanan bayar setiap klik (pay-per-click) dan agensi SEM (SEM agency), tapi mungkin anda masih keliru. 

Apa itu PPC?

Sebelum kita melihat senarai industri yang dapat memanfaatkan PPC, anda perlu ambil tahu tentang definisi terma PPC yang selalu ditawarkan agensi SEM

Secara amnya, ramai orang akan mengaitkan PPC dengan iklan Google Ads sahaja, tetapi secara realiti, banyak lagi perkhidmatan pengiklanan yang jatuh di bawah kategori PPC.

PPC ialah alat pengiklanan dalam talian (atau “online advertising”) yang membolehkan jenama anda menarik perhatian pengguna atas talian ke halaman web anda. Servis ini akan memberikan syarikat pelbagai pilihan untuk pengiklanan atas talian – termasuk pada halaman hasil carian Google (“Search Engine Results Pages” atau SERPs), dan rangkaian sosial media seperti Instagram dan YouTube. Pada platform media sosial seperti Facebook dan Instagram, pengiklan boleh menyasarkan iklan mereka berdasarkan demografi, minat, lifestyle, dan lokasi.

Servis PPC membolehkan anda untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara efektik

Source: Freepik

Paling best sekali? Ia adalah model pengiklanan bayar setiap klik (pay-per-click model). Ini bermakna anda hanya perlu membayar sebuah fi apabila iklan tersebut diklik oleh pengguna sasaran atau iklan tersebut dapat mempengaruhi “audience” untuk melakukan sesuatu tindakan “conversion” yang telah ditentukan. Satu sen pun tak perlu bayar jika tiada sesiapa yang klik iklan tersebut.

Kalau anda berminat untuk mendapatkan servis agensi professional untuk PPC, hubungilah Primal Malaysia – digital marketing agency ternama di Kuala Lumpur. 

Industri-industri Yang Perlukan Servis PPC

1. Industri perniagaan kecil dan sederhana (PKS)

PPC adalah platform bertenaga radas yang dapat membantu industri perniagaan kecil dan sederhana (PKS)  untuk melangkah ke hadapan. 

Dengan modal pembayaran yang ditentukan oleh jumlah klik,  PPC satu kaedah pengiklanan yang agak “selamat” untuk perniagaan kecil dengan bajet terhad untuk strategi pemasaran. Dengan servis ini, industri perniagaan kecil akan menarik perhatian pengguna – kemungkinan secara global- tanpa perlu membelanjakan kos yang tinggi! Dengan kemahiran pemasaran yang betul,  ia boleh memberi impak hebat kepada pertumbuhan PKS. Untuk mendapatkan strategi yang berkesan, anda dinasihati untuk hubungi SEM Agency yang berprestasi untuk memaksimakan daya tarikan iklan PPC anda.

2. Industri makanan dan minuman (“F&B”)

Melalui servis PPC, penjual F&B boleh berkomunikasi dengan sasaran pasaran (“target market”) secara lebih luas. Ia juga membolehkan syarikat melaksanakan aktiviti promosi tanpa kos besar, contohnya dengan cara menerbitkan iklan di rangkaian sosial media. Ini memudahkan mereka untuk meningkatkan jualan mereka dengan cepat. Sekiranya anda menggunakan PPC dengan tepat dan cekap, perniagaan anda boleh menonjol daripada beribu-ribuan syarikat F&B baharu yang menjual produk dalam talian. Mana tahu? Mungkin bisnes anda dapat mendominasi pasaran dalam niche anda yang tersendiri. 

3. Industri penerbitan

Servis PPC boleh membantu industri penerbitan untuk menjangkau sasaran dengan lebih tepat untuk proses kempen promosi yang lebih efektif. Dengan servis ini, mereka boleh menemui pelanggan baru, membuka ruang yang lebih “direct” untuk pelanggan prospek membuat pembelian melalui ciri-ciri “e-commerce”, dan menjangkau golongan pembaca yang berminat untuk membeli buku. Ini akan mewujudkan peluang baru bagi industri untuk berkembang.

4. Industri perhotelan

Industri perhotelan boleh mendapat faedah daripada menggunakan servis PPC untuk berkomunikasi tentang kempen percutian, dan memberikan maklumat tentang pakej perkhidmatan mereka. Dengan menyasarkan kata kunci dan lokasi tertentu, hotel boleh memastikan bahawa promosi dan perkhidmatan mereka menjangkau khalayak yang relevan atau berkaitan, menyebabkan tempahan dan penjualan meningkat. Secara keseluruhannya, pengiklanan PPC ialah alat yang berkesan untuk hotel memacu perniagaan dan meningkatkan keterlihatan dalam pasaran yang semakin kompetitif.

5. Industri perkhidmatan kemajuan teknologi (ICT)

Syarikat ICT telah menggunakan servis PPC selama bertahun-tahun untuk meningkatkan penjualan. Ini adalah strategi yang sangat berkesan bagi industri ini kerana membuka peluang untuk mencari dan menemui pelanggan yang berminat dengan syarikat mereka disebabkan rangkaian pasaran yang sangat “niche” dan terhad. PPC boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan baru yang mungkin tidak mempunyai apa-apa pengetahuan teknikal tentang produk dan servis ICT.

6. Industri penyiaran dan hiburan

Servis PPC membuka peluang untuk menarik perhatian penonton baru. Dengan pelbagai strategi promosi di seluruh rangkaian sosial, industri ini boleh mendapat faedah daripada bajet iklan minimal yang dapat meraih hasil yang maksima. Bisnes dalam industri ini boleh mengaplikasikan pengiklanan video terutamanya Youtube Ads ataupun Google performance max yang ditawarkan oleh Google sebagai servis PPC mereka.

7. Industri pertanian

Servis PPC membolehkan syarikat-syarikat pertanian untuk mencari pelanggan baru dan meningkatkan jualan dan “online presence” mereka untuk menarik minat orang ramai, terutamanya generasi muda. Dengan bantuan servis ini, syarikat-syarikat pertanian boleh mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih cepat dan berkesan. 

Sebagai contoh, perniagaan ladang organik boleh menggunakan iklan PPC untuk menyasarkan pelanggan mesra alam yang sedang mencari buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Kemudian, iklan PPC boleh mendorong mereka ke tapak web supaya mereka dapat mengetahui lebih lanjut tentang sustainable supply chain perniagaan anda. 

8. Industri pendidikan

Dengan bantuan iklan PPC, syarikat dalam industri ini boleh mempromosikan servis dan produk yang sangat bermanfaat kepada orang ramai. Sebagai salah satu industri penting untuk perkembangan negara, mestilah rugi kalau tak dapat promosikan inovasi atau perkhidmatan baru syarikat anda, terutamanya sekiranya anda seorang peniaga start-up dalam industri pendidikan. 

Pengiklanan PPC memberikan kesempatan kepada syarikat untuk mengawal perbelanjaan mereka dengan lebih efektif. Bukan itu sahaja, PPC boleh memanfaatkan syarikat industri pendidikan terutamanya NGO yang selalu menghadapi isu-isu kekurangan pembiayaan kewangan.

9. Industri pengangkutan dan penyimpanan

Pengiklanan PPC boleh membantu industri ini untuk berkembang dengan lebih pesat lagi, terutamanya pada era post-Covid. Servis ini boleh mempromosikan produk-produk syarikat, termasuk jenama, perkhidmatan, dan pelbagai lagi secara efisyen. Dengan bantuan servis PPC, anda boleh menjangkau lebih ramai pelanggan yang mempunyai “purchase intent” yang menepati objektif bisnes anda.

10. Industri perubatan

Servis PPC juga boleh digunakan oleh industri perubatan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan mereka terutamanya dalam lokaliti yang spesifik. 

Syarikat boleh menggunakan servis ini untuk menarik perhatian pengguna online yang sedang membuat carian untuk perkhidmatan perubatan atau produk perubatan dalam sesebuah kawasan atau lokaliti tertentu. 

Pengiklanan PPC adalah salah satu cara terbaik yang boleh diguna-pakai pelbagai jenis industri

Source: Freepik

Akhir kata, pengiklanan PPC adalah salah satu cara terbaik yang digunakan pelbagai syarikat daripada pelbagai industri untuk meningkatkan penjualan mereka, mempromosikan produk, dan menjangkau pelanggan baru. Selain itu, anda boleh pilih sendiri perkhidmatan servis PPC yang menepati bisnes atau objektif anda yang unik. 

Dengan servis PPC, anda boleh memasarkan produk anda tanpa perlu bersusah payah. Sekiranya anda menawarkan servis atau menjual barangan atas talian, amatlah penting untuk menggunakan servis ini untuk memaksimakan daya tarikan perniagaan anda. Apa tunggu lagi? Hubungilah SEM Agency Primal Malaysia untuk memanfaatkan strategi PPC kami.

Jadi, perniagaan mana yang memerlukan PPC? Jawapannya – setiap perniagaan. 

Di Primal Malaysia, kami menyediakan penyelesaian  kepada semua keperluan pemasaran digital anda seperti pay per click advertising (pay per click Google, Facebook advertising, dll.) serta servis SEO (search engine optimisation. Hubungi kami untuk maklumat lanjut!