Nak Viralkan Bisnes Anda? Tengok 4 Faedah Review Online Ini!

Dalam era digital ini, review online menjadi faktor penting yang membantu pengguna masa kini untuk membuat keputusan sebelum melakukan sesuatu pembelian. Fikir sahaja tentang diri anda sendiri… sebelum anda membeli satu-satu barang online, mesti anda mencari review daripada pelanggan terdahulu kan?

 

Ramai pengguna lebih gemar beralih kepada review online untuk mengetahui lebih lanjut tentang satu produk atau perkhidmatan yang telah menarik minat mereka. Jadi, kalau anda sebuah perniagaan terutamanya perniagaan kecil atau baru , anda perlu memahami faedah review online keran ini sangat penting untuk membina satu customer base yang setia kepada jenama anda. 

 

Dalam catatan blog ini, kami akan membincangkan empat manfaat review online dan cara anda boleh gunakannya untuk mengembangkan perniagaan anda. Jadi, jika anda ingin meningkatkan online visibility dan keuntungan, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah review online.

 

Apa Review Online?

 

Review online adalah salah satu kaedah pemasaran digital dalam bentuk promosi word-of-mouth. Ia adalah maklum balas yang ditinggalkan oleh pelanggan tentang pengalaman mereka dengan sesuatu perniagaan atau produk. 

 

Promosi word-of-mouth salah satu taktik pemasaran yang paling berkesan yang dapat menghasilkan jualan 5 kali ganda lebih banyak daripada iklan berbayar. Kaedah pemasaran ini mendorong anggaran 13% daripada semua jualan, berjumlah $6 trilion dalam jualan tahunan seluruh dunia.

 

Review online juga satu bentuk promosi user-generated content, yang bermakna ia dihasilkan dan diterbitkan oleh orang yang mempunyai pengalaman secara langsung dengan perniagaan atau produk – bukannya oleh perniagaan itu sendiri. Jadi, ini menjadikan review online satu sumber maklumat yang berharga untuk bakal pelanggan lain – pelanggan terdahulu menawarkan testimoni atau pendapat mereka sendiri berdasarkan pengalaman mereka dengan kualiti sebuah perniagaan atau produk. 

 

Review online boleh didapati dalam bentuk yang positif dan negatif, dan ia boleh merangkumi pelbagai topik, termasuk kualiti produk atau perkhidmatan, kualiti staf, kemudahan lokasi, dan banyak lagi. Anda sebagai peniaga boleh memanfaatkan review online sebagai market research untuk memahami apa yang pelanggan suka dan tidak suka tentang produk atau perkhidmatan anda.

 

4 Faedah Review Online Untuk Setiap Perniagaan

Tingkatkan Jualan & Accelerate Keputusan Pembelian

Salah Satu Faedah Review Online Adalah Meningkatkan Jualan Untuk Bisnes Anda

Source: Freepik

 

Review biasanya diterbitkan pada laman web review atau platform media sosial, jadi ramai prospek lain yang akan melihat review-review ini. Review online dari pelanggan memainkan peranan penting dalam proses keputusan pembelian, sebab memang ramai orang melaporkan mereka hanya akan membuat keputusan selepas melihat review. Statistik menunjukkan  63% pengguna lebih berkemungkinan membeli daripada perniagaan jika ia mempunyai review online dan 90% pembeli online wajib membaca review dari pelanggan

 

Apabila bakal pelanggan melihat satu perniagaan tu mempunyai rating yang tinggi dan banyak review positif, mereka lebih berkemungkinan untuk mempercayai perniagaan tersebut dan lebih terdorong untuk membuat pembelian, terutamanya apabila review yang mereka baca ditulis oleh orang yang mempunyai ciri-ciri atau keperluan yang serupa dengan mereka.

 

Review online juga boleh meningkatkan jualan dengan menyediakan prospek maklumat berharga seperti tips-tips penggunaan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah perniagaan. Jadi, anda sebagai peniaga haruslah belajar daripada review online anda, supaya dapat meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan perniagaan yang secara langsung membawa kepada keuntungan dan kejayaan pada jangka masa panjang.

 

Membina Kesetiaan Pelanggan

Review Online Boleh Membantu Perniagaan Meningkatkan Kesetiaan Pelanggan

Source: Freepik

 

Review online dapat membina kesetiaan pelanggan. Kalau anda dapat review positif, ini dapat membantu kredibiliti perniagaan yang akan membawa kepada peningkatan dan pengekalan pelanggan dan juga pembelian berulang.

 

Namun, tiada perniagaan yang sempurna dan anda pasti akan mendapat review negatif (takkan lah semua positif je). Review lima bintang yang sempurna membuatkan pelanggan ragu-ragu tentang kesahihan review-review yang dipaparkan. Pelangaan mungkin khuatir anda membayar untuk mendapatkan review positif yang palsu atau anda delete review-review negatif yang ditunjukkan di laman web atau media sosial anda.

 

Sebagai peniaga, jangan takut dengan review negatif sebab penyelidikan menunjukkan bahawa 82% pembeli masih akan mencari review online yang negatif. Malah, perkara ni boleh dijadikan satu peluang pemasaran kalau anda pandai memberi respons yang profesional dan melayan pelanggan yang kurang berpuas hati tersebut dengan cara memberi rebate, diskaun, atau pampasan. Jadi, anda wajib memberi tindak balas dengan baik. Anda juga boleh memanfaatkan review negatif dan menggunakannya untuk tujuan menaik taraf produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Dengan bersikap telus dan menunjukkan dua-dua review positif dan negatif, pelanggan akan lebih mudah mempercayai jenama anda dan akan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi.

 

Tingkatkan Usaha SEO Anda

 

Review online boleh menjadi aset berharga untuk strategi SEO anda sebab review boleh meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan perniagaan (baca Apa itu SEO blog kalau nak tahu lebih lanjut). Ini dapat membantu meningkatkan kedudukan laman web anda dalam halaman search engine results pages (SERPs). Ini pula akan meningkatkan jumlah pengguna online yang akan melihat link laman web anda, justeru meningkatkan trafik. 

 

Kandungan review online juga mungkin akan mengandungi kata kunci yang berkaitan dengan perniagaan anda, yang boleh meningkatkan kedudukan search engine ranking anda untuk kata kunci tersebut.

 

Satu lagi cara untuk meningkatkan usaha SEO anda dengan review online adalah dengan menyediakan halaman Google My Business page di Malaysia. Google My Business ialah alat online percuma untuk mengurus kehadiran online untuk perniagaan anda di seluruh Google, termasuk dalam hasil carian, Google reviews, dan Google Maps. Ia merupakan satu lagi sumber untuk orang ramai membaca review pelanggan apabila mencari perniagaan yang berkaitan.

 

Kalau anda mendaftar perniagaan anda di Google My Business, anda boleh membantu meningkatkan visibility dan authority laman web anda terutamanya untuk pengguna online yang sedang mencari perkhidmatan lokal yang berdekatan dengan lokasi atau alamat mereka. Ini penting terutamanya untuk perniagaan yang bergantung kepada pelanggan tempatan yang tinggal atau bekerja di sekitar kedai anda.

 

Manfaatkan Review Online Sekarang 

 

Dalam era digital ini, anda perlu memahami kepentingan membina kepercayaan dan kredibiliti dengan khalayak online. Pengguna membaca review online kerana ini adalah cara terbaik untuk mengetahui sama ada perniagaan anda boleh dipercayai. Apabila bakal pelanggan melihat review positif daripada orang lain, mereka lebih berasa yakin dengan keputusan mereka untuk menggunakan perkhidmatan atau produk anda.

 

Pasukan pakar kami di Primal Digital Agency Malaysia menyediakan perkhidmatan yang terulung untuk membantu pelanggan kami mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai matlamat pemasaran digital. Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan pemasaran digital kami seperti social media advertising, PPC dan SEO services di Malaysia.