Cara Buat Affiliate Marketing Di TikTok

Platform TikTok mempunyai potensi yang besar untuk affiliate marketing, terutamanya untuk generasi muda yang merupakan pengguna utama platform tersebut.

platform tiktok untuk affiliate marketing

Platform TikTok Mempunyai Potensi Yang Besar Untuk Affiliate Marketing

Source: Pexels

Apa Itu Affiliate Marketing?

Affiliate marketing ialah promosi dan penjualan produk syarikat lain untuk mendapatkan komisen. Ia membolehkan rakan kongsi (affiliate) untuk menjana wang dalam talian tanpa perlu mencipta produk atau memiliki kedai mereka sendiri.

Pengeluar produk memulakan program affiliate, dan pihak affiliate akan mendorong pembaca, pengikut, dan penonton mereka untuk membeli produk tersebut melalui link atau kod unik dalam seruan tindakan yang dimasukkan dalam konten yang dihasilkan.

Setiap jualan yang berjaya akan menghasilkan komisen untuk pemasar affiliate. Kebanyakan pihak affiliate mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, blog, podcast, saluran video, dan lain-lain. 

Baru-baru ini, platform TikTok menjadi platform media sosial yang terkini untuk dijadikan pilihan pemasar affiliate. Tapi, kenapa? 

Jualan dan komisen daripada affiliate marketing

Setiap Jualan Yang Berjaya Akan Menghasilkan Komisen Untuk Pemasar Affiliate

Source: Pexels

Kenapa Pihak Affiliate Suka Guna TikTok?

Dengan lebih daripada 500 juta pengguna harian aktif, TikTok ialah salah satu platform digital yang paling popular di dunia.

Selain itu, TikTok ialah aplikasi yang paling banyak dimuat turun untuk pengguna iOS dan Android pada tahun 2020 dan 2021.

Jadi, bagi pemasar digital, TikTok sebuah platform yang sangat efektif untuk mempromosikan produk dan meningkatkan paparan (impressions) dan juga jualan.

5 Sebab Anda Perlu Buat Affiliate Marketing di TikTok

content menarik untuk video tiktok

Video TikTok Membolehkan Influencers Menangkap Perhatian Penonton Mereka Dengan Konten Yang Menghiburkan Dan Kreatif

Source: Pexels

Proses Penciptaan Content Yang Mudah

Format video short-form TikTok menawarkan peluang unik untuk influencers yang terlibat dengan affiliate marketing di TikTok mencipta content yang menarik perhatian. Format pendek ini sangat berkesan untuk mempamerkan produk kerana orang ramai pasti akan lebih tertarik dengan video bite-sized TikTok ni!

Format tersebut membolehkan influencers menangkap perhatian penonton mereka dengan cepat dengan kandungan yang lebih menghiburkan dan kreatif. Selain itu, ia juga memudahkan orang ramai share dan viralkan video tersebut. 

Tambahan lagi, algoritma TikTok mengutamakan kandungan yang mempunyai engagement tinggi. Jadi kempen affiliate marketing anda senang menjadi viral. Justeru, anda boleh menjangkau khalayak yang amat luas sampai dapat melangkaui followers influencer yang anda pilih sebagai affiliate brand anda. 

Platform User-Friendly

Platform TikTok yang mudah diakses menjadikannya pilihan utama untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur. Ia platform yang sangat bermanfaat untuk perniagaan semua saiz, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) – semuanya boleh mengambil bahagian dalam kempen pemasaran affiliate marketing di TikTok tanpa perlu menanggung kos pendahuluan yang tinggi.

Interface TikTok juga sangat mesra pengguna – maksudnya, design mudah dan intuitif membolehkan perniagaan anda memahami dan menggunakan platform tersebut dengan cepat. Proses-proses seperti menyediakan akaun perniagaan, mencipta konten (ni, baca blog kami tentang cara nak masuk FYP) dan mengurus kempen menjadi mudah dan efisien kalau anda gunakan TikTok.

affiliate marketing di TikTok

Naikkan Jualan Produk Anda Dengan Affiliate Marketing di TikTok

Source: Pexels

Keputusan Terjamin

Trackable results aspek penting untuk mana-mana kempen pemasaran, termasuklah affiliate marketing. TikTok menyediakan perniagaan anda dengan pelbagai alat penjejakan dan analitik yang membolehkan perniagaan anda mengukur kejayaan kempen pemasaran affiliate marketing TikTok. Bolehlah membuat keputusan strategik berasaskan data!

Perniagaan boleh menjejaki pelbagai jenis metrik seperti tontonan, likes, perkongsian, ulasan, dan kadar interaksi untuk memahami cara konten menarik minat pengguna.

TikTok juga menyediakan keupayaan conversion tracking, membolehkan perniagaan mengukur keberkesanan kempen mereka dalam mendorong tindakan tertentu, seperti klik pada pautan affiliate marketers atau pembelian (conversions). Best kan?

conversion tracking di tiktok

TikTok Menyediakan Keupayaan Conversion Tracking Yang Membolehkan Perniagaan Mengukur Keberkesanan 

Source: Pexels

Menarik Perhatian Khalayak Sasaran Anda 

Affiliate marketing memberi kawalan penuh untuk memilih rakan kongsi yang sesuai dengan jenama anda dan yang bergema dengan khalayak sasaran anda. 

Ini memastikan bahawa trafik ke laman web melalui affiliate links adalah daripada individu yang berminat dengan produk atau perkhidmatan anda.

Apabila anda memilih affiliate Tik Tok yang mempunyai imej yang konsisten dengan bisnes anda, mereka lebih berkemungkinan untuk menarik penonton yang akan menunjukkan minat dengan produk atau perkhidmatan anda. Ini bermaksud trafik web yang dijana daripada affiliate links lebih berkemungkinan bertukar  kepada jualan, atau conversions.

Taktik ini meminimumkan risiko pembaziran bajet pemasaran anda – hal ini kerana, anda akan dapat menyasarkan khalayak yang relevan dan mempunyai high purchase intent

ROI tinggi di Tik Tok

Affiliate Marketing di TikTok Menawarkan Risiko Yang Lebih Rendah Dan ROI Yang Lebih Tinggi Berbanding Strategi Pemasaran Lain

Source: Pexels

Return-on-investment (ROI) Tinggi

Affiliate marketing di TikTok menawarkan risiko yang lebih rendah dan ROI yang lebih tinggi berbanding strategi pemasaran lain. Kenapa? Sebab affiliate sendiri akan menanggung kos pemasaran ni.  Mereka hanya akan dibayar komisen daripada penjualan yang berjaya dihasilkan daripada affiliate links mereka. Jadi, anda boleh merendahkan pelaburan anda.

Potensi engagement dan viraliti TikTok yang tinggi boleh memberi konten yang dihasilkan affiliate mengenai bisnes anda jangkauan yang lebih luas – maksudnya, lebih banyak jualan lah!

Tak kisahlah jumlah pengikut affiliate tu – kalau bilangan followers dia kecil pun, perniagaan anda akan dapat memanfaatkan pemasaran affiliate sebab memang senang nak tingkatkan brand awareness di TikTok ni. Cuba dulu, baru tahu! 

Selain itu, konten yang tulen daripada pihak affiliate TikTok senang dipercayai followers setia mereka, justeru perniagaan anda akan dapat membina kepercayaan dengan khalayak sasaran. Apa lagi? Untung lebih lah kalau macam tu!

affiliate marketing di tiktok

Kurangkan Pelaburan Pendahuluan Dengan Affiliate Marketing di TikTok

Source: Pexels

Akhir Kata…

Memang banyak gila manfaat affiliate marketing di TikTok ni – pendek kata, kalau anda seorang individu yang nak mendapat untung dengan mudah dan cepat, affiliate marketing di app ni memang satu opsyen yang wajib dipertimbangkan. 

Dari segi perniagaan pula, tak payah panjang cerita – senang sangat nak viralkan produk anda di TikTok tambah-tambah lagi kalau anda mempunyai barisan rakan kongsi dan affiliate yang sudi membantu!

Anda juga bolehlah membaca artikel kami untuk mengetahui cara buka TikTok shop di Malaysia walaupun followers kosong dan waktu tepat untuk post video di Tik Tok supaya masuk FYP.

Win-win lah kiranya!

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, bolehlah hubungi Primal Malaysia. Pakar digital marketing agency di Kuala Lumpur kami sedia membantu menghasilkan satu strategi yang kukuh untuk pemasaran digital bisnes eCommerce anda, termasuk affiliate marketing

Tapi bukan tu sahaja, kami juga menawarkan servis SEO dan PPC advertising di Malaysia. Instagram advertising dan Facebook advertising pun ada!