Pemasaran Digital Di Malaysia Sempena Hari Ibu dan Bapa

Hari Ibu dan Hari Bapa makin menjelang! Jika anda tidak menggunakan taktik pemasaran digital untuk menjangkau khalayak anda di Malaysia pada dua hari istimewa ini, anda mungkin terlepas peluang untuk meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan anda!

Kajian menunjukkan perbelanjaan untuk hadiah Hari Ibu atau Bapa semakin meningkat sejak tahun 2018. Contohnya, pada tahun 2021, kajian National Federation of Retailers di US telah melaporkan secara purata, responden akan berbelanja USD205 untuk hadiah dan buah tangan sempena Hari Ibu. Selain itu, kategori produk elektronik, perkakas rumah, alat berkebun, dan buku- buku mendapat permintaan yang tertinggi.

ibu bapa

Perbelanjaan untuk hadiah Hari Ibu atau Bapa semakin meningkat sejak tahun 2018. 

Source: Pexels.com

Jadi bisnes anda menjual produk-produk yang popular untuk Hari Ibu dan Bapa, anda boleh meraih untung berlipat kali ganda melalui strategi pemasaran digital yang bersasar. Betul ke?

Ya! Senang je sebenarnya. Tak payah pun buat promo Hari Ibu dan Hari Bapa yang fokus pada diskaun sahaja. Janji, kempen pemasaran haruslah mengait hati dan perasaan – promo yang bermakna, dan penuh dengan nilai keluarga lebih efektik masa-masa ni. Kalau nak masyuk lagi, hubungilah digital marketing agency di Kuala Lumpur seperti Primal Malaysia untuk strategi pemasaran anda!

Kenapa Pemasaran Digital Penting Untuk Hari-Hari Istimewa?

Membeli-belah online sempena Hari Ibu Bapa

Membeli-belah online sempena Hari Ibu Bapa

Source: Pexels.com

Pemasaran digital ni sangat berguna kalau anda nak tingkatkan brand visbility dalam talian, sekaligus meningkatkan juga jualan dan bilangan pelanggan yang setia. Jadi, sangatlah penting untuk anda ambil tahu bulan-bulan atau hari-hari yang untung untuk pemasaran digital (Psst.. kalau nak benar-benar menonjol dalam era digital, anda boleh baca blog kami tentang kalendar pemasaran untuk tahun 2023).

Banyak untung kalau anda boleh mengambil kesempatan dengan trend-trend media sosial dan lain-lain semasa zaman perayaan seperti Hari Ibu dan Hari Bapa ni. Kenapa? Sebab ramai pengguna atas talian dengan high search/purchase intent (niat/minat yang besar untuk membeli) yang memang berniat besar untuk membeli barangan atau servis yang relevan dengan perayaan tersebut – mereka akan melayari internet dengan harapan menemui item yang mereka inginkan. Jadi, kalau anda pandai mengambil kesempatan, pasti anda akan dijumpai oleh prospek yang mempunyai high intent ni.

Tips Pemasaran Digital Di Malaysia Yang Best Untuk Hari Ibu & Bapa

1. Buat giveaway 

Promo giveaway adalah salah satu taktik pemasaran yang menguntungkan masa Hari Ibu dan Hari Bapa.

Pada tempoh giveaway ini, anda boleh menawarkan hadiah, produk, atau perkhidmatan percuma untuk beberapa pelanggan terpilih secara rawang.

Sukahati lah nak set syarat giveaway tu – mungkin pelanggan boleh share, atau tag rakan mereka dalam posting anda, ataupun hasilkan satu video yang menyatakan ciri-ciri positif tentang brand anda. Boleh la anda dapat promosi free sambil mendorong penglibatan pelanggan dan followers anda di page media sosial.

Kan best? Senang je dapat trafik! Kena kreatif sikit je.

2. Personalization Produk Hari Ibu/Hari Bapa

Peniaga boleh juga melakukan taktik personalization produk, perkhidmatan, dan banyak lagi dengan cara mengeluarkan koleksi yang eksklusif untuk Hari Ibu & Bapa. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan hamper atau care package sebagai produk khas. Paket care package ini boleh lah diisi produk yang in demand seperti scented candle, bunga, atau tanaman.

Anda juga boleh menawarkan servis customization produk atau perkhidmatan untuk dihadihkan kepada ibu atau bapa pelanggan dengan memberi peluang untuk pelanggan menyertakan mesej khas ataupun customize design produk tersebut.

3. Mother’s Day deals

TikTok satu kaedah pemasaran yang kos efektif

TikTok satu kaedah pemasaran yang kos efektif untuk mempamerkan produk anda sempena hari-hari istimewa ini. 

Source: Pexels.com

Selain itu, anda boleh menyediakan diskaun dan promosi khusus. Kemudian, anda boleh gunakan taktik pemasaran email direct marketing atau pemasaran media sosial di TikTok untuk mempromosikan Mother’s Day deals anda. 

Kenapa kena guna TikTok? 

TikTok adalah satu kaedah pemasaran yang kos efektif untuk mempamerkan produk anda sempena hari-hari istimewa ini. Senang je – buat konten dan post pada masa yang tertentu supaya anda jadi viral di FYP pengguna!

4. Kolaborasi dengan NGO atau influencer

Anda boleh juga berkolaborasi dengan influencer atau bisnes lain. Sebagai contoh, anda boleh berkolaborasi dengan yayasan amal di Malaysia untuk mendorong pelanggan menderma kepada syarikat amal sempena hari-hari istimewa ni. Antara contoh yayasan amal yang sesuai ialah NGO pendidikan atau NGO yang memperjuangkan hak ibu tunggal dan sebagainya.

Anda boleh mengkhusukan kadar peratus yang sesuai (sebagai contoh, 1-5%) daripada setiap pembelian produk Hari Ibu ke yayasan dan organisasi sosial yang memperjuangkan isu-isu tersebut. Ini boleh dijadikan aktiviti CSR untuk perniagaan anda selain dijadikan satu taktik pemasaran yang efektif.

Selain itu, anda boleh menggunakan taktik pemasaran media sosial dan berkolaborasi dengan influencer-influencer Instagram, Facebook, atau TikTok. Mereka boleh membantu perniagaan anda untuk mempromosikan koleksi ekslusif sempena hari ibu dan hari bapa ni! Bolehlah anda menjangkau khalayak yang luas untuk tujuan pemasaran pada musim perayaan tersebut.

5. Update Konten Laman Web Untuk Search Engine Optimization (SEO)

Satu lagi taktik pemasaran digital yang selalu diendahkan ialah search engine optimization (SEO) untuk laman web anda sempena Hari Ibu atau Hari Bapa. Anda perlu pastikan konten di laman web dan landing page anda dioptimumkan untuk hari-hari istimewa ini.

Ini kerana ramai pelanggan yang akan mencari produk atau perkhidmatan spesifik semasa musim perayaan. Jadi, landing page anda harus dikemaskini dengan kata kunci yang sesuai supaya mesin enjin carian akan menunjukkan laman web anda kepada pengguna yang sedang mencari produk dan perkhidmatan tersebut.

Gunakanlah kata kunci yang relevan dengan hari-hari tersebut dengan melakukan keyword research dan mengkaji kata kunci yang selalu digunakan oleh kompetitor anda. Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bacalah blog kami tentang kata kunci SEO.

6. Sasaran Pelanggan Yang Spesifik

market research untuk pengiklanan bersasar

Anda perlu melakukan market research untuk pengiklanan bersasar. 

Source: Pexels.com

Kalau anda nak iklan yang lebih efektif dalam menarik penjualan atau conversions, iklan anda perlu disasarkan kepada pelanggan atau khalayak sasaran yang relevan.

Untuk Hari Ibu misalnya, strategi pengiklanan anda boleh dikhususkan untuk pelanggan yang terdiri daripada golongan 20 tahun sehingga 30 tahun, golongan perempuan yang bekerja, dan juga golongan lelaki atau bapa. Untuk Hari Bapa pula, anda boleh menyasarkan golongan ibu – mesti mereka sedang mencari hadiah untuk pasangan hidup dan suami mereka.

Banyak lagi persona pelanggan yang anda boleh sasarkan – tapi anda perlu melakukan market research lah! Penting untuk peniaga mendalami profil pelanggan mereka supaya pengiklanan sempenan musim perayaan ini bersasar dan strategik ke arah objektif perniagaan anda yang unik! Kalau anda nak tahu lagi tips untuk menyasarkan target audience anda, boleh baca blog kami ni!

Ikuti tips-tips Primal Malaysia di atas untuk untung yang berganda masa hari istimewa ni! Keliru?

Jangan risau, hubungi pakar kami sekarang untuk servis pengiklanan PPC, e-commerce SEO, dan macam-macam lagi!