Pemasaran Semula: Amalan Terbaik untuk Pemilik Laman Web

Iklan pemasaran semula atau lebih dikenali sebagai remarketing ads ialah satu bentuk pengiklanan online yang menyasarkan pengguna yang pernah berinteraksi dengan laman web, apl atau aset digital anda yang lain sebelum ini. 

Iklan ini direka bentuk untuk melibatkan semula pengguna yang telah menunjukkan minat terhadap produk atau perkhidmatan syarikat tetapi belum membuat pembelian atau mengambil tindakan lain yang anda inginkan – maksudnya kumpulan prospek ini belum membuat satu tindakan conversion.

Iklan pemasaran semula berfungsi dengan menggunakan pixel penjejakan atau cookies untuk mengenal pasti pengguna yang telah melawati laman web syarikat atau mengambil tindakan tertentu, seperti menambahkan produk pada troli beli-belah mereka. 

Kalau anda berjaya mengenal pasti mereka, anda boleh siarkan iklan dengan mesej yang mendorong penjualan merentas pelbagai platform yang mereka gunakan, seperti Google, Facebook atau Twitter.

Matlamat iklan pemasaran semula ialah meningkatkan kemungkinan seseorang pengguna untuk melakukan tindakan conversion, seperti membuat pembelian. Prinsipnya ialah, kumpulan ini sudahpun berminat dengan website dan brand anda – cuma, mereka memerlukan push atau dorongan tambahan. Oleh sebab itu, iklan jenis ini sangat berkesan. Malah, kajian telah menunjukkan pemasaran semula mengatasi semua strategi ad placement lain dengan kadar kecekapan 1,046%.

Apa kebaikan pemasaran semula ni?

Source: Unsplash

 

Bagaimana Remarketing Ads Berfungsi?

Seperti yang kami kata tadi, matlamat pemasaran semula adalah untuk menggalakkan individu ini kembali ke tapak web atau menyelesaikan tindakan conversion, seperti membuat pembelian.

Begini cara iklan pemasaran semula berfungsi:

  1. Pelawat datang ke tapak web dan mengambil beberapa jenis tindakan, seperti scroll laman produk atau menambahkannya pada troli atau shopping cart mereka.
  2. Tracking cookies diletakkan pada peranti pelawat, yang membolehkan tapak web mengenali mereka apabila mereka kembali.
  3. Pelawat meninggalkan tapak web tanpa melengkapkan tindakan yang diingini atau conversion.
  4. Pemilik tapak web membuat kempen pemasaran semula dan menyediakan iklan yang disasarkan untuk dipaparkan kepada pelawat apabila mereka kembali ke tapak web tu semula, atau scroll platform media sosial lain.
  5. Pelawat melihat iklan yang disasarkan yang direka secara spesifik untuk mengingatkan mereka tentang produk atau perkhidmatan terdahulu dan didorong untuk kembali ke tapak web dan melengkapkan transaksi penjualan.

Seperti setiap taktik pemasaran digital yang lain, sebelum melaksanakannya, anda perlu pertimbangkan jenis dan saiz perniagaan anda dahulu.

Adakah Perniagaan Anda Perlukan Pemasaran Semula?

Iklan pemasaran semula boleh memberi manfaat untuk pelbagai jenis perniagaan yang sudah mempunyai sebuah laman web. 

Sebagai contoh:

  1. Perniagaan e-commerce: Menggunakan iklan pemasaran semula untuk menyasarkan pengguna yang telah meninggalkan item dalam shopping cart mereka atau melihat produk tertentu tetapi tidak membuat pembelian. 
  2. Perniagaan berasaskan perkhidmatan: Remarketing ads boleh membantu mereka menjangkau pengguna yang telah melawat laman web mereka tetapi masih belum berhubung atau membuat janji temu.
  3. Perniagaan SaaS: Menggunakan iklan pemasaran semula untuk menyasarkan pengguna yang telah mendaftar untuk percubaan percuma tetapi belum subscribe servis mereka. 
  4. Perniagaan hartanah: Iklan pemasaran semula boleh menyasarkan pengguna yang telah melihat hartanah tertentu tetapi belum menghubungi ejen atau menjadualkan viewing di show-room
  5. Perniagaan pelancongan: Boleh menggunakan iklan pemasaran semula untuk menyasarkan pengguna yang telah mencari penerbangan atau hotel tetapi belum membuat tempahan.

Sebagai pemilik sebuah SME, hanya anda sendiri yang boleh tahu keputusan terbaik untuk perniagaan anda.

Source: Freepik

Jom Cuba Pemasaran Semula Untuk Perniagaan Anda

Berikut langkah yang boleh diambil untuk mula meraih keuntungan melalui iklan pemasaran semula:

  1. Sediakan kod penjejakan (tracking code): Sediakan kod penjejakan di tapak web anda. Kod penjejakan ini akan membantu anda mengenal pasti pelawat yang telah berinteraksi dengan laman web anda dan membolehkan anda menyasarkan mereka semula.
  2. Tentukan khalayak anda: Anda perlu menentukan khalayak anda (boleh baca blog kami secara detail di sini). Ini melibatkan menyediakan senarai individu yang telah berinteraksi dengan tapak web anda. Interaksi-interaksi ini boleh didefinisikan seperti melawat halaman tertentu, menambahkan item pada troli mereka atau melengkapkan borang. Anda juga boleh membuat senarai individu yang telah terlibat dengan saluran media sosial atau app perniagaan anda.
  3. Hasilkan iklan kreatif anda: Setelah anda menentukan khalayak anda, anda boleh mula hasilkan iklan anda. Pastikan iklan mempunyai visual dan sertakan seruan atau dorongan tindakan (call to action) yang jelas untuk menggalakkan penonton mengklik semula ke laman web anda.
  4. Tetapkan bajet anda: Anda perlu menetapkan bajet untuk kempen pemasaran semula anda. Tentukan jumlah yang anda sanggup belanjakan untuk setiap iklan dan objektif pengiklanan yang anda nak capai.
  5. Lancarkan kempen anda: Sekarang, bolehlah lancarkan kempen pemasaran semula anda! Pastikan anda memantau keputusan anda dengan teliti dan melaraskan iklan serta bajet anda mengikut keperluan untuk mencapai hasil yang paling untung.

Pemasaran semula ni boleh menjadi rumit – terdapat banyak strategi dan taktik yang boleh anda gunakan untuk mengoptimumkan kempen anda. Jika anda baru dalam dunia pemasaran semula, mungkin berguna untuk bekerjasama dengan agensi pemasaran digital di Malaysia yang boleh membantu.

Primal Digital Agency – Strategi Digital Untuk Keputusan Optimum

Agensi pemasaran digital Primal Malaysia mempunyai pasukan profesional berpengalaman yang pakar dalam pelbagai aspek pemasaran digital, termasuk pemasaran semula. Pakar-pakar kami mempunyai pemahaman yang mendalam tentang teknik terkini dan amalan terbaik dalam taktik pemasaran semula. 

Jom! Hubungi kami untuk kempen pemasaran yang guarantee menarik minat pelanggan!